Antara produk yang den gunakan bagi memastikan rumah den sentiasa bersih dan selesa termasuk daripada serangga yang tidak diingini adalah:
1. Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner;

2. Kleenso Toilet Cleaner; dan

3.Pesco Eco Ant Bait. 

Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Dalam banyak-banyak produk Kleenso, den paling berkenan pada Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner sebab pencuci lantai ni memang membantu den mengurangkan keperluan mop lantai.
Kelebihan Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Yang lagi best lagi tentang Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner adalah:

1. baunya yang wangi. Memang semerbak bau serai wangi satu rumah bila kita mop rumah.

2. kotoran di lantai cepat tertanggal;

3. lambat hendak kotor semula sebab permukaan lantai dilindungi;

4. lantai tidak rasa melekit bila dipijak;

5. lantai berkilat;

6. tidak perlu dibilas dengan air;

7. tidak perlu bancuhan yang banyak; dan 

8. bau serai wangi ni juga menyebabkan serangga seperti semut, lalat, lipas, etc berkurangan.

Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner ini juga boleh digunakan untuk membersihkan dan mengilatkan tiles di dapur serta bilah kipas angin. 

Bahan Semulajadi

Kebanyakan pencuci lantai mengandungi bahan kimia seperti ammonia, asid, pelarut, etc bagi meningkatkan keupayaannya untuk membersih lantai tetapi Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner dirumus khas daripada bahan semulajadi seperti minyak eucalyptus (kayu putih), minyak citronella (serai wangi) dan ekstrak lemon.
Cara Menggunakannya

Campurkan 2 penutup Kleenso Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner kepada ½ baldi air (lebih kurang 8 liter). Tidak perlu bilas lantai dengan air selepas mop lantai menggunakannya.
Kleenso 3x Power Toilet Bowl Cleaner

Kleenso 3x Power Toilet Bowl Cleaner membersihkan dan mengilatkan mangkuk tandas termasuk kotoran kerana formulasi anti bakteria pembersih ini boleh membunuh kuman dan menghilangkan bau.
Cara Menggunakannya

1. Pakai sarung tangan.

2. Pastikan kawasan yang hendak dicuci.

3. Basahkan permukaan kawasan yang hendak dicuci.

4. Letakkan Kleenso 3x Power Toilet Bowl Cleaner di kawasan yang hendak dicuci.

5. Flush kan dengan air.
Perhatian Oleh kerana Kleenso 3x Power Toilet Bowl Cleaner mengandungi bahan aktif, sila pastikan ianya tidak terkena pada mata.
Pesco Eco Ant Bait

Rumah korang ada masalah semut tak? Rumah den ni pantang lap meja tak betul atau tertumpah makanan, memang akan ada je semut datang menghurung. Ada 2,3 kawasan yang den dah kenalpasti tempat semut berkumpul.

Jadinya den cuba gunakan Pesco Eco Ant Bait sebagai umpan di kawasan semut yang ada di rumah.
Cara Menggunakannya

1. Tarik stiker pelekat pada bekas umpan Pesco Eco Ant Bait.
2. Letakkan Pesco Eco Ant Bait di kawasan yang mempunyai banyak semut.

3. Semut-semut yang memakan umpan dan kembali ke sarang dan mengedarkan umpan pada semut-semut lain di sarangnya. Akhirnya semua koloni semut akan terhapus.
Kedai Atas Talian Kleenso

Di samping korang boleh dapatkan produk-produk Kleenso di Giant, Aeon, NSK, Mr DIY, etc, korang boleh dapatkan semua produk Kleenso secara atas talian di:


Kedai atas talian: http://kleenso.my/



Website: www.kleenso.com

Jadinya walaupun kita perlu berada di dalam rumah sepanjang masa lagi-lagi sekarang, kita tetap boleh beli semua produk Kleenso secara di atas talian ye.

Pilih produk yang terbaik untuk kebersihan rumah kita ye.

Boleh tengok den unboxing 3 produk Kleenso ni di https://youtu.be/EJ5g6_SWBSM




2 Comments

  1. skrang sangatla mudah.. semua online saja =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...senang tak perlu keluar rumah sangat lagi-lagi di musim PKP nih ha

      Delete