Muzium dan Galeri Seni Bank Negara

Walaupun Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2009, 10 tahun kemudian iaitu 2 minggu lepas pada 2019 baru la den berjaya menjejak kaki ke sini setelah den tau kewujudan muzium ni pada tahun 2018.
Verdict nya? Jatuh wajib melawat ke sini kalau korang ke Kuala Lumpur. Destinasi wajib bagi Visit Malaysia 2020 kalau tanya den. Serious sangat berbaloi-baloi.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni bagi den adalah tempat yang perfect untuk semua orang termasuk budak-budak ye sebab tempat dia memang bessstttttt sangat. Ha gitu den bagi best nya. Banyak spot yang instagramable di sini.

Disebabkan den ambil banyak gambar sangat kat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni, den akan buat dalam 6 posts berdasarkan jenis galeri sebab nak bubuh banyak gambar-gambar untuk kenangan den di kengdian hari.

Seperti biasa disebabkan banyak sangat gambarnya tak kuasa la den nak letak watermark bagai sebab kemalasan hehehehehehehe (kalau korang perasan, gambar-gambar kat blog den memang 98% takde watermark).

Den tak tau orang lain macam mana tapi den memang adalah mata duitan so muzium nih memang kena sangat la dengan jiwa den muhahahahahha.

Honestly maklumat tentang sistem kewangan yang dipamerkan kat sini tidak membosankan langsung, serious sangat interesting dan memang awesome. Tak tau nak habaq lagu mana bak kata orang utara hehehhehehehe. Rekabentuk muzium dan layout bahan pameran mempunyai nilai estetik yang umpppphhh.

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni ye. Hanya perlu mendaftar kat kaunter pendaftaran yang berada di tingkat bawah.

Sebarang jenis bag tak dibenarkan dibawa masuk ke mana-mana galeri pameran. Kita boleh simpan beg dan makanan di dalam locker yang disediakan. Kita bayar deposit RM5 untuk sewa locker dan akan diberikan 50 sen untuk dimasukkan dalam locker tuh bagi membolehkannya dikunci. Bila kita pulangkan semula 50 sen tuh, deposit RM5 tuh akan dikembalikan kepada kita.

Dekat ruang legar di tingkat bawah ni pun dah menarik ye especially untuk kiddos. Ada board game gergasi, susunan kotak yang dilukis dan diwarnakan, ada air pancut di luar bangunan, etc.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni ada tujuh (7) Galeri Pameran ye:

1. Galeri Kanak-Kanak, Tingkat Bawah 
Tarikan utama di Galeri Kanak-Kanak ni. Terowong RM1 juta. Perasaan den bila melalui terowong ni adalah 'makcik kayo....makcik kayo' hahahhahahaha
Depa pun sama terkesima dengan mama depa tengok duit berkepuk sana sini
2. Galeri Bank Negara Malaysia, Tingkat Satu
3. Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Tingkat Satu
4. Galeri Ekonomi, Tingkat Satu
5. Galeri Numismatik, Tingkat Dua
6. Galeri Pameran Sementara, Tingkat Dua
7. Galeri Seni, Tingkat Tiga

Banyak sangat gambar yang den nak share di setiap galeri. In sya Allah dalam posts yang akan datang ye. 

Bila berjalan kat semua Galeri ni terutamanya bagi maklumat yang terdahulu, kita boleh tengok rekaan, kreativiti, inovatif dan kepakaran orang dulu-dulu memang hebat dan tiada tolok bandingannya bagi den sebab dengan limited resources dan teknologi, depa boleh hasilkan alat timbangan/sukatan, mata wang, etc yang begitu terperinci, berseni, cantik, etc yang ada sebahagiannya masih digunapakai/diadaptasi ke hari ini.

Serious orang dulu sangat hebat. They were so knowledgeable and skillfull. Kagum den k lagi-lagi bab yang melibatkan kiraan dan seni ukiran sebab den nih lukis orang lidi pun herot petot huhuhuhuhu.

Den rasa macam den tak terpegi plak melawat Galeri Seni, Tingkat Tiga kat muzium ni. Terlupa la ni kisahnya sebab dah kepenatan. So ni adalah reason utama kenapa repeat lawatan ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni.

Nanti den cerita serba sedikit tentang setiap galeri dalam next post ye. Doakan den rajin k hehehehehe.

Of course tak lengkap korang datang ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara ni kalau tak ambil gambar tangga Nautilus yang menghubungkan lobi dengan setiap tingkat. Gambar diambil dari tingkat dua atau tiga ye. Tangga Nautilus ni adalah simbolik yang menggambarkan kemahuan untuk belajar tanpa tiada nokhtah.
Suruh buong ambil gambo camni la jadinya sebab dia cakap dia risau terlepaskan telefon lalu pecah berderai telefonnya. Definitely not an instagram husband material hehehehehehe.

Di tingkat bawah juga menempatkan kedai cenderahati dan café.

Den tak sempat masuk kedai cenderahati. So another reason to repeat this museum.

Sempat den dan buong minum petang kat café sementara tunggu kiddos main di Galeri Kanak-Kanak. Okay je la makanan dia. Harga tak la ngeri sangat. Kira okay la harga standard Kuala Lumpur.
Den rasa kalau setakat berjalan-jalan, main games sekupang dua, baca info seposen cuma, ambil gambar sikit dan minum petang seminit cuma, paling kurang pun kena spend 3 jam kat sini cam kitaorang pergi hari tuh.

Kalau nak baca semua info haruslah spend masa satu hari suntuk di sini.

Too many interesting information, too little time lagi-lagi bila pergi dengan kiddos. Sibuk nak pantau depa jangan terosakkan apa-apa bahan pameran sebab sakan kan depa dok bergelinjangan.

In sya Allah kitaorang akan datang lagi ke sini sebab serious muzium ni sangat superb.

So untuk maklumat details, korang boleh tengok:

Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10 pagi - 6 petang). Hanya tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri.

  

4 comments:

  1. menarik tu..nanti nak ajak anak2 ke sini..mesti diaorg suka sbb boleh posing utk IG hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious muzium ni memang superb teruk. In sya Allah memang tak akan menyesal kalau ke sini.

      Delete
  2. seronok ni kalau bawa anak-anak. boleh kena duit2 seluruh dunia & feeling kayo..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeling kayo tuh yang paling mahal experiencenya tuh hheheehhe

      Delete

Powered by Blogger.