Hotel yang terletak sedikit luar daripada Bandar Johor Bharu. Dari hotel ambil masa lebih kurang 10 - 15 minit untuk sampai ke Stesen Bas Larkin.

Hotel baru makanya serba serbinya okay je untuk den.

Lobi pun luas terbentang dengan sofa empuk. So memang selesa bila tunggu turn nak berurusan di kaunter atau tunggu grab datang.
Bilik yang sederhana besar, bersih, kemas dan selesa. Bilik lengkap dengan safety box, mini fridge, etc.
Bilik air pun best walaupun takde hos kat toilet huhuhuhu.
Semua kemudahan macam hot spring, sauna, kolam renang, palyground, cafe dan gym di tingkat 5.

Yang bestnya ada surau sekali di tingkat 5 ni. 
Kewujudan hot spring di hotel ni adalah faktor utama yang menyebabkan den pilih hotel ni untuk menginap bagi short trip ke Johor Bharu bersama konco-konco pada akhir Jun lepas.
Memang berbaloi sebab hot spring nya memang best cumanya itu la dah tua-tua ni tak kuasa la plak nak berendam lama-lama walaupun boleh je nak kuak lentang bagai sebab takde kiddos hehehehehe.

Dah jumpa hot spring memang tak pandang la pool yang ada kat hotel ni hehehehhehehe. Kalau ada kiddos memang la depa akan melenjan kat pool tuh je.
Tiada room service disediakan tapi boleh makan di cafe yang dibuka sehingga 11 malam.

Breakfast spread sederhana tapi memuaskan hati. Den tak sempat nak ambil gambar kepelbagai food yang masa breakfast sebab kalut dok demam sakan. First time rasanya demam di kala berjimbaan. Memang spoil sungguh huhuhuhuhu.
Ni je breakfast yang sempat diambil gambo
Hotel ni memang okay sangat cumanya setakat ni tiada lagi gerai atau kedai makan yang kita boleh berjalan kaki kalau kelaparan di malam hari.

The hot spring definitely the unique point for this hotel.

0 Comments