BESTNYA DENGAN CATHAY PACIFIC AIRLINES

11:09
Actually ada banyak airlines kat luar sana yang boleh jadi pilihan kita untuk pergi travel. Especially kalau korang nak cari pengalaman yang lain sikit macam Cathay Pacific. Cathay Pacific ni dah ada sejak tahun 1940an lagi so bayangkan dengan experice yang diorang ada.

Cathay Pacific ni actually satu kebanggaan untuk Hong Kong dan bertapak kat Hong Kong International Airport, dan boleh terbang ke lebih kurang 190 destinations. Banyak tempat yang korang boleh pergi.

First class diorang seat boleh tukar kepada katil and siap ada massage sekali. Untuk Business class pulak seat dia pon boleh tukar jadi bed cuma bilangan dalam satu aircraft banyak sikit dari first class so beza dia adalah privacy tapi still sangat selesa and mewah. 

Beza antara premium economy class dan economy class biasa ialah seat dia beza 6 inci luas. 

So ikut korang nak pilih samada selesa secara maksimum atau bajet yang rendah tapi masih selesa.

Dengan pengalaman baru yang korang akan lalui nanti, korang kena tau cara camne nak book Cathay Pacific Airlines secara online. 

Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo Cathay Pacific Airlines, kalau korang tak tau korang boleh google Cathay Pacific Airlines. 

Bila korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Cathay Pacific Airlines. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. 

Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion den korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. 

Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Dengan cara camni korang akan dapat harga tiket yang agak murah jugak.

Dengan Cathay Pacific Airlines korang boleh pergi ke Bali. Kat page tu korang boleh book flights to Bali dengan harga semurah yang mungkin. Bali ni seronok sebab ada banyak tempat cantik kat sana.

Den dah pergi Bali dua kali tetapi tetap rasa nak pergi lagi sebab Bali memang magical with breathtaking view.

Korang jangan lupa ke Ayunan Wanagiri Buleleng tau sebab pemandangannya memang cantik sangat.

View platform di sini mengadap Tasik Danau Bratan. Disebabkan kita berada kat kawasan tinggi, memang chantek sangat la view tuh.
Wajib bergambar kat buai di sini ye.

Laluan di Campuhan Ridge Walk memang menarik. Jalannya landai je. Di kiri kanan track tuh dikelilingi dengan lalang yang tinggi-tinggi tapi sebab kawasan tuh semua ada lalang je dan lebih kurang sama tinggi dia, jadi chantek la view dia sebab menghijau, sekata dan serumpun je.
Batur Hot Spring adalah kolam air panas yang mengadap Danau Batur dan Gunung Berapi Batur. Mandi air panas sambil menghayati keindahan dan suasana nyaman gitu.
Tebing Banah @ Banah Cliff Point yang terletak di Batumadeg, Klungkung antara lokasi yang wajib lawat kalau ke Bali.
Apa yang kita boleh dapat setelah menempuh perjalanan agak mencabar adalah satu pemandangan laut yang sangat cantik dari tebing tinggi.

Kalau korang ke Padang-Padang Beach, korang boleh mandi melepak dan sun bathing bagai sambil menunggu sunset.
Jatiluwih Paddy Terrace yang terletak di kaki Gunung Batukaru memang menyajikan kehijauan seluas mata memandang. Pernah dicalonkan sebagai Tapak Warisan UNESCO, Jatiluwih nih memang cantik.
Banyak betul kuil yang ada di Bali ni, tapi kalau korang tak sempat untuk kesemua lokasi purba ini, pastikan korang tak lepaskan peluang untuk ke Pura Tirtha Empul.

Pura bermaksud kuil. Tirtha Empul dalam bahasa Bali bermaksud mata air suci (holy spring). Pura Thirtha Empul maksudnya kuil mata air suci.
Pura yang terletak di pekan Tampaksiring ini sememangnya menerima kunjungan ramai saban tahun.

Ramai yang datang ke pura ini mengambil peluang untuk mandi mata air yang terdapat di sini.

Pura Danau Bratan yang terletak di atas Tasik Danau Bratan adalah another must visit pura. 
Apa yang istimewa dan unik tentang pura ni adalah ianya diabadikan pada duit Rp 50,000.

Kalau ke Bali tak sah kalau dinner di Jimbaran.

Memang best makan fresh seafood (lobster nya memang ummpphhh sangat) sambil tengok sunset, menghadap laut dan mendengar bunyi desiran ombak memecah pantai gitu.
Dinner di Jimbaran nih adalah dinner with a view.

Jangan lupa bergambar sepuas hati kat Bali tau.

So guys, dah boleh start book Cathay Pacific Airlines untuk ke Bali sekarang ye.


2 comments:

  1. teringin bangat gue ke Bali. Tapi kapan? Uangnya belum cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah satu hari nanti. Moh kita teruskan aktiviti menabung ye:)

      Delete

Powered by Blogger.