Malaysia Coffee Fest 2019 telah bermula pada 25 Julai (Khamis) yang lepas di  One Utama Shopping Centre dan akan berakhir pada 28 Julai, Ahad ini.

So korang ada masa 2 hari lagi semasa weekend iaitu Sabtu dan Ahad untuk bersama-sama memeriahkan suasana dan merasai keenakan pelbagai jenis kopi dari pelusuk dunia terutamanya bagi peminat tegar kopi.
Terdapat lebih kurang 100 jenama kopi tempatan dan antarabangsa dari 35 exhibitors.

Malaysia Coffee Fest 2019 ni seumpama one stop centre terbaik untuk semua peminat kopi sebab korang boleh survey, minum kopi serta shopping pelbagai spesies kopi daripada jenama kopi terkenal tempatan dan antarabangsa. 

Korang boleh minum macam-macam jenis kopi kat sini sampai lebam ye. Den minum kopi sampai migraine kat sini. Kopi durian pun ado ye.
Di samping kopi, ada juga pastries yang korang boleh beli dan matchkan dengan kopi yang diminum.
Malaysia Coffee Fest 2019 juga mengumpulkan top-class baristas, local artisan coffee bean roasters, independent speciality coffee houses, pakar dan pembekal biji kopi serta pembuat dan pengedar peralatan berkaitan kopi.
Ada banyak promosi dan diskaun menarik, free gift dengan pembelian tertentu, cabutan bertuah dan acara menarik telah dilaksanakan mulai 25 Julai yang lepas.

Still korang masih boleh tengok persembahan yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Julai iaitu:
1. Mini Latte Art Throwdown (27 Julai);
2. Malaysia Open Barista Championship (MBOC) (28 Julai); dan
3. Malaysia Open Latte Art Championship (MOLC) (28 Julai).
Cabutan bertuah juga menanti pengunjung Malaysia Coffee Fest 2019 di mana korang berpeluang memenangi hadiah misteri dengan pembelian RM50 di dalam satu resit serta ‘sure win-dip’ dengan pembelian RM200 ke atas.
Moh la kita beramai-ramai ke LG, New Wing, 1 Utama Shopping Centre untuk minum kopi dari pelusuk dunia sehingga 28 Julai 2019 nih ye.

0 Comments