Jom Makan di Food Station Milik PU Riz

Pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz Ismail kini bangkit dengan semangat baru.

PU Riz, 24 tahun, yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini mengorak langkah menceburi alam perniagaan. Hakikatnya juga Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.

Semasa sesi santai bersama rakan media dan blogger di restoran miliknya, Food Station, PU Riz melahirkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan hasratnya untuk memiliki sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga yang mampu milik.
Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan NU Sentral dan sebelah Zara Hotel) sudah sudah beroperasi sejak lapan bulan lalu.
View Food Station dari jejantas di NU Sentral
“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk restoran ini dipromosikan dengan lebih meluas,” ujar beliau.

Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand, India dan Barat.
“Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.

“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.
Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera pada slot masa dan tarikh tertentu.

Kepelbagaian makanan dan minuman yang memang banyak (500 jenis) pada harga yang mampu milik, restoran yang bersih dan kemas dengan simple decoration serta lokasi restoran yang strategik (sepelaung je dari Stesen KL Sentral) sememangnya adalah winning points untuk Food Station ni.
So korang jangan lupa datang menjamu selera kat Food Station milik PU Riz nih ye.
Untung-untung masa korang datang menjamu selera kat sini PU Riz yang ambil order dan hantarkan makanan korang ye.
Korang boleh follow IG Food Station oleh PU Riz kat sini ye https://www.instagram.com/fooodstation/

4 comments:

  1. Replies
    1. Memang menarik. Banyak pilihan makanan. Harga pun okay

      Delete
  2. wah! sedap belako tu makanan yg dijual di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan Abam Kie. Teppanyaki pun ado

      Delete

Powered by Blogger.