The Language of Flowers by Vanessa Diffenbaugh

10:30
Which flower defines you the most or what flower are you?”

Buku ni mengisahkan Victoria Jones yang merupakan seorang gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim dan rumah keluarga angkat yang mempunyai isu nak mempercayai sesiapa sahaja di dalam hidupnya kerana latarbelakang beliau.

Semasa Victoria berada di rumah keluarga angkat terakhir, dia banyak belajar tentang bunga daripada ibu angkatnya, Elizabeth.

Selepas meninggalkan rumah Elizabeth pada umur 10 tahun akibat suatu tragedy berdarah yang sangat melukakan semua yang terlibat, Victoria terus membesar di rumah anak yatim sehingga dia meninggalkan rumah tersebut setelah cukup umur iaitu 18 tahun.

Permulaan kehidupannya penuh berliku dengan tiada rumah (homeless), duit yang sangat sedikit dan menyebabkan dia terpaksa mengutip sisa makanan, etc, Victoria akhirnya menemukan arah tuju hidup dengan kemahirannya mengetahui kehendak pelanggan tentang bunga dan menggubah bunga. Victoria bekerja di kedai bunga dan berasa hidupnya mula terasa bermakna.

Victoria bertemu dengan Grant yang merupakan anak saudara Elizabeth yang merupakan usahawan bunga (menanam dan menjual bunga) secara tidak sengaja dan jatuh cinta.

Apabila Victoria mengandung, dia meninggalkan Grant kerana tidak mahu Grant rasa terikat dengannya.

Semasa mengandung, Victoria memulakan perniagaan gubahan bunga sendiri secara kecil-kecilan dan akhirnya menjadi terkenal kerana keunikan gubahan bunga yang dihasilkan.

Selepas memelihara bayinya selama beberapa bulan, Victoria meninggalkan bayi yang belum diberi nama kepada Grant kerana raising a baby is too much for her dan meneruskan kehidupannya sebagai penggubah bunga.

Akhirnya selepas berdamai dengan kisah silam yang melibatkan Elizabeth dan Grant serta tragedy berdarah yang mengubah hidup Victoria, dia cuba memberi peluang kepada diri sendiri untuk merasa kebahagiaan dengan membuka hatinya untuk menerima kehadiran Elizabeth, Grant dan bayinya di dalam hidupnya.
Den beli buku ni sebab den terpesona dengan bahasa bunga yang diceritakan oleh Jodi Picoult dalam buku Mercy.

Bila dah baca buku ni, baru den tau boleh dikatakan terdapat kamus tentang makna setiap bunga. Serious sangat menarik dan unik sangat.
Dah tentu ada banyak sangat jenis bunga yang den tak pernah tau langsung kewujudan dan namanya. Ada bunga yang nak disebut namanya pun agak terbelit-belit lidah.

Another book yang den berjaya habiskan sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Putrajaya semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.

4 comments:

  1. wahhh menarik juga sinopsis cerita ni...
    salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi komen di blog ini. Salam perkenalan juga ye

      Delete
  2. Hai, nak tanya mana beli ye? sebab dah lama cari tapi tak jumpa-jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai saya beli buku ni di instagram @thesleepycatbookshop. Boleh juga tanya @purdypeachbooks atau @nisaprelovedbooks atau @thespinebookstore sekiranya mereka ada buku ni

      Delete

Powered by Blogger.