Terbercuti Sempena Exam UPSR: Langkawi Vacation With My Small Family

Cerita bulan September 2018 lepas yang den baru berkesempatan nak mula coretkan kat blog den nih buat kenangan. Dah almost 4 bulan cerita nih berlalu, of course akan ada banyak sangat maklumat yang telah keterlupaan tapi tetap la jua den nak sembang ye.

The good thing about having 2 session of schooling is some classess will get extra holiday during the most anticipated exams (UPSR, PT3 & SPM).

Eh pasai pa tiba2 cakap omputih hahhaaha.

Semasa minggu exam UPSR 19 - 27 September 2018 yang lepas, ada beberapa hari yg tahun 2 di sekolah F direhatkan sebab kelas depa digunakan utk exam UPSR. Masa tengok jadual exam UPSR tuh, terdetik plak kat hati 'eh banyak gak hari yg F cuti nih, kalau pergi berjimbaan best la juganya'. Hati org lagho macam den memang la cenggitu padahal anak nak final exam pertengahan Oktober 2018 dan tak study apa lagi pun kan hehehhehe.

Makanya den suarakan la hasrat nak berjimbaan kepada buong walaupun cuti den dah paras-paras hidung + bajet untuk travel takde pun sebenarnya hehehehehehe.
Being the most devoted partner in crime, buong okay je sebab dia malas nak dengar justifikasi den hahahhahaha.

The only reason I choose Langkawi adalah nak bagi kiddos rasa pengalaman naik flight tapi disebabkan nak pergi bercuti pada 26-30 September tuh dirancang tak sampai seminggu dari tarikh percutian, makanya harga tiket bagi semua spesies flight adalah mengerikan bagi wallet yg telah sedia ngeri tuh. Ada je la tiket flight yang macam boleh dimiliki selepas korek tabung ayam tapi departure time adalah 7 am. Takut terlepas flight je la sebab tergedik-gedik melembap nak bersiap dan kejutkan budak-budak nanti.

So buong kata naik kereta je la senang walaupun jauh perjalanan tapi tak terkejar-kejar nanti, boleh ikut suka kita nak macam mana.

Den kata kalo dah tak boleh naik flight kita bercuti ke PD je la tapi tetap la jua si buong nak ke Langkawi sebab nak beli rokok murah katanya. Tidak la den mengerti justifikasi sebegini, mungkin spesies pembakar paru-paru yg lain jelas tentang perkara ini.

Makanya ke Langkawi la kitaorang sekeluarga dengan menaiki kereta berjam-jam gittew.

Disebabkan kitaorang terkelembap, makanya dari terus nak ke Langkawi dah terpaksa bermalam di Alor Star dan terberjalan pula ke Arau almost satu hari sebelum kitaorang bergegas ke jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi.

So  den cerita dulu kisah kitaorang di Titi Gantung di FRIM Mata Ayer dan Taman Anggur Perlis di Arau Perlis ye sebelum den sambung semula cerita Langkawi hehehehehe.

No comments:

Powered by Blogger.