Ispa Kebab dan Harbour Town, Perth

Selepas puas bergambar ria bersama tulips, kitaorang pergi ke Harbour Town yang ala-ala JPO di mana kita boleh shopping pelbagai barangan branded dengan harga diskaun gittew. Disebabkan den memang bukan kaki shopping pakaian sejak dahulu kala dan selamanya, den cuma beli sehelai cardigan yang entah bila la den nak pakai hhehhehehehe.

Kalau nak beli winter jacket kat sini pun menarik sebenarnya sebab jacket baru tetapi boleh dapat dengan harga yang murah sangat. Boleh dapat sehelai jaket dalam RM30 - RM50.

Barang-barang Smiggle memang murah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga Smiggle di Malaysia (menurut informasi daripada ahli kumpulan yang anaknya dah lama request nak barangan Smiggle). Disebabkan anak-anak den semua boboiboy, den takde la terjebak nak beli barangan Smiggle nih. Tapi memang comel-comel Smiggle nih ye sampai hampir menyebabkan den terbeli lunch box hehehehehehehe.

Den tak ambil gambar di sini sebab busy melayan kengkawan dok acu cuba kasut, pilih barangan Smiggle yang on sale, etc.

Kalau dah ke Harbour Town tuh, haruslah singgah lunch di Ispa Kebab sebab kedudukannya betul-betul kat depan pintu masuk Harbour Town dan antara kedai makanan halal kat sini pun. Disebabkan dah kelaparan, tak sempat pun nak ambil gambar kebab yang dipesan tuh huhuhuhuhuhu.

Disebabkan kelaparan, sedap je la rasa kebab kitaorang tuh hehehhhehhe.

No comments:

Powered by Blogger.