Elizabeth Quay, Perth

Seterusnya kitaorang berjalan-jalan mengambil gambar dan melihat pemandangan di Elizabeth Quay. Serious cantik pemandangan kat sini. Nak pula cuaca memang cerah dan cantik, tumpang pula mengambil gambar menggunakan iPhone orang, memang berganda-ganda meriahnya gambar yang diambil.

Tempat nih memang best untuk kita berehat-rehat, melihat pemandangan, berkelah, menghirup udara segar, bersantai, berjogging, etc. Kawasan nih antara satu tempat rekreasi yang menjadi tumpuan ramai menurut tour guide kitaorang.
Gambar-gambar kat sini penuh dengan warna biru sebab langit yang cerah menyebabkan air Swan River tampak membiru dengan begitu cantik sekali.


Kitaorang berjalan-jalan kat sini sehingga ke Elizabeth Quay Jetty yang menempatkan feri dari situ ke jetty di seberang Swan River iaitu di bahagian South Perth (ke ape tempatnya den pun dah lupa la).

Kitaorang menyeberang satu jambatan yang merentasi Swan River ni. Dari jambatan ni view memang cantik. So of course la kitaorang tak melepaskan peluang untuk bergambar sakan kat sini.
View dari atas jambatan
Feri dari Elizabeth Quay Jetty ke jeti di South Perth tak lama pun, dalam 15 ke 20 minit je pun.

Selain naik feri biasa, kalau ada banyak masa dan bajet yang lebih, boleh cuba naik Eco-Friendly River Cruise atau Gondolas on the Swan. Bukan kat Venice je ada gondola. Kat Perth pun ada ye.
Sepanjang kitaorang dok berjalan kat kawasan nih, terjumpa pelbagai maklumat tentang tempat ini yang diletakkan di sekitar Elizabeth Quay ni. Terdapat juga sebuah café dan taman permainan di sini.
Kalau datang ke Perth, sila masukkan agenda bersantai di Elizabeth Quay dan naik feri ye sebab tempatnya memang sangat relaxing dan cantik.
Kitaorang turun dari feri di jeti ini

No comments:

Powered by Blogger.