Cottesloe Beach

Pantai ni merupakan tempat terakhir di dalam agenda lawatan pada hari kedua di Perth ni.

Kalau nak diikutkan Cottesloe Beach nih merupakan pantai yang popular bagi penduduk Perth untuk berkelah, berenang, surfing dan snorkeling tapi masa kitaorang datang tuh takde orang pun kat pantai tuh. Terserempak dengan seorang mamat yang baru balik dari surfing. Mungkin timing kitaorang tak cantik.

Kitaorang sempat berjalan-jalan mengambil angin pantai kat sini sambil menahan sejuk. Dah la cuaca memang agak sejuk, kena plak tiupan angina sepoi-sepoi bahasa, memang lagi sejuk la.

Ada café kat bangunan di tepi pantai ni tapi masa kitaorang datang tuh tutup plak café nya. So tak dapat la nak minum kopi panas sambil menghayati pemandangan laut.

Tak lama pun kitaorang kat sini. Jalan-jalan sekejap kat tepi pantai. Tak sempat pun nak nyanyi lagu ‘Bercanda di Pasiran Pantai’ kitaorang dah gerak balik ke homestay.
Artis in the group

No comments:

Powered by Blogger.