Araluen Botanic Park, Perth

Entry ini akan penuh dengan gambar-gambar tulips yang berwarna-warni yang boleh menyebabkan kebosanan hehehehehehe. Maka bertabahlah ye.
Perjalanan ke Araluen Botanic Park dari Perth City mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Boleh tahan juga jalan bengkang bengkok nak menyampaikan ke sini.

Tiket masuk ke sini adalah RM45 atau AUS$15 setiap orang.
Cuba sampai paling awal kat sini k supaya tak ramai orang lagi so senang nak mengambil gambar hehehehehehe.

Kitaorang antara pengunjung yang sampai paling  awal pada 9 pagi. Sakan kitaorang bergambar dengan pelbagai tulips yang berwarna-warni. Paling kurang den rasa perlu spend at least 3 hours lagi-lagi kalau spesies setiap port nak bergambar (tak termasuk la 1 spot ambil gambar sampai 10 kali sebab tak puas hati shot tak cun.....sapa la tuh kan. 
My favourite photo

Another favourite photo. Gambar diambil sebelum kena haippp kena staff kat sini heheheee
3 jam ni pun tak cukup masa untuk tengok semua tulips dari kawasan landai hingga tengok tulips di kawasan yang lebih berbukit. 

Sila naik tram AUS$5 atau RM15 yang mana korang akan dibawa pusing the whole area yang tram boleh lalu. Kitaorang tak sempat naik tram ni sebab mengejar masa. Kerugian pengalaman di situ huhuhuhuhuhu.
Sila minum kopi sambil menikmati pemandangan tulips. Ini pun kitaorang tak sempat buat sebab masa penuh terisi dengan aktiviti mengambil gambar bersama tulips sampai lebam. Haish.
Kitaorang tak tersempat pun nak tengok apa souvenirs yang ada dijual di gift shop tuh ha. 

Di samping tulips, Araluen Botanic Park nih juga ada pelbagai spesies tumbuhan yang lain, ada mini waterfall, anak sungai, kolam, etc. 
Tempat nih memang best untuk kita berehat-rehat, melihat pemandangan, berkelah, menghirup udara segar, etc. Kawasan nih memang best.

Semua tulips yang terdapat di sini tidak boleh disentuh ye. Ada beberapa kali juga la kitaorang kena tegur dengan pekerja kat sini sebab dok pegang bunga tulips masa nak bergambar hehehehehehe. Kalau dah sentuh pun tak boleh, petik bunga tulip lagi la dilarang ye.
Kepada sesiapa yang nak melawat Perth dan memasukkan agenda melihat tulips semasa lawatan tersebut, memang perlu datang waktu spring ye. Kena tengok betul-betul bila musim spring sebab Perth terletak di Hemisfera Selatan so musim bunga adalah pada pertengahan Ogos hingga Oktober.

Tulips biasanya berbunga pertengahan Ogos hingga pertengahan September. Den sarankan datang pada pertengahan Ogos atau awal September untuk tengok tulips sebab masa kitaorang tengok tulips pada 5 September 2018 tuh, dah ada tulips yang kembang. Tulips nih cantik masa kuncup. Masa kembang memang tak lawa. 
Contoh tulips yang dah kembang
Aktiviti melihat tulips di Araluen Botanic Park adalah aktiviti terutama yang den paling teringin apabila ke Perth pada kali ini. Alhamdulillah ada rezeki nak tengok tulips.

Kalau bawa anak-anak den depa sure akan suka naik tram je la pun dan melompat-lompat nak rendam kaki dalam anak sungai yang mengalir jernih tuh ha. Sure depa buat dek je kat tulips yang cantik-cantik tuh hehehehhee.

A must visit place kalau korang ke Perth semasa musim bunga ye.

6 comments:

  1. Seronoknya dapat tengok bunga-bunga tulip. Cantik sangat tempat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat sebab berwarna-warni. Rasa macam tak nak balik hehehhehehee

      Delete
  2. cantik n bersih taman bunga di Perth ini. kalau ada duit mmg nak gi sana la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat Abam Kie. Boleh mula menabung dah untuk ke sini.

      Delete
  3. Cantik betul! Kami tak g sini sebabnya ms kami g tu musim luruh.. so tak sesuai ke sini.. hehehhe.. pasni bole repeat lagi la g musim bunga plak.. hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....wajib repeat tuh ezzan sebab memang cantik sangat-sangat cuma make sure spend masa lama sikit di sini untuk puas hati

      Delete

Powered by Blogger.