Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang, Melaka

Disebabkan Muzium Kapal Selam ni terletak sepelaung je dari Faithview Hotel and Suites tuh, dalam 10 minit memandu, makanya kitaorang singgah la ke sini lepas check out tuh.

Kalau berjalan lepas check out memang la matahari dok tegak atas kepala, panas lit-lit oiii tapi belasah aje la kan sebab kalau nak tunggu timing yang cantik bagai entah bila la nak boleh berjalan kan.
Harga tiket in sya Allah mampu milik.
Kita excited nak tengok kapal selam, budak-budak sakan excited tengok air apa yang ada di vending machine
Kapal selam yang dijadikan muzium ni adalah Kapal Selam SMD Ouessant Agosta 70 atau Flotilla Submarine yang merupakan kapal selam penyerang yang bukan berkuasa nuclear yang dimiliki oleh Tentera Laut Perancisdan pernah digunakan oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia untuk latihan. Kapal selam ini dibuat pada tahun 1978 dan telah tamat khidmatnya dengan Tentera Laut Perancis pada 2001.
Mengikut maklumat yang dipamerkan di muzium ini, kapal selam ini tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.
Ini merupakan pertama kali dalam hidup den tengok kapal selam in real life.

Experience dapat masuk ke dalam kapal selam nih memang precious k.
Panas lit-lit oiii
Den tak sangka sungguh kapal selam nih sangat sempit kat dalamnya dan dipenuhi dengan pelbagai peralatan, elektronik, etc. Memang bukan calang-calang la orang yang boleh mengemudi dan bertugas di dalam kapal selam nih sebab tersalah petik satu butang je boleh menyebabkan haywire.

Serious sangat sempit ruang di dalam kapal selam ni. Untuk sesiapa yang claustrophobia (takut atau panic berada dalam ruang tertutup) memang kurang sesuai nak berlama-lamaan di dalam ni.
Macam kurang sesuai juga tempat nih untuk bawa baby sebab ruang yang sempit.

Laluan yang terdapat di dalam nih hanya sesuai untuk seorang bergerak. Kalau bertembung setiap orang kena mengiring untuk melepaskan pergerakan kawan yang seorang lagi.

Tak lama pun kitaorang masuk kat dalam nih sebab ruang yang sempit dan tiada sebarang maklumat untuk dibaca. Semua maklumat tentang kapal selam ini diletakkan di papan kenyataan di luar kapal selam.
Trying to take photo with kiddos be like

Bersebelahan dengan kapal selam ini terdapat dua buah pesawat pejuang yang dipamerkan. Salah satunya adalah pesawat Skyhawk. Lagi sebuah pesawat tuh den tak teringat plak nak mengambil gambar maklumatnya lalu tak tau la pesawat jenis apa tuh.
Kat sini kita boleh bergambar je dengan pesawat yang dipamerkan dan membawa maklumat yang disertakan. Tak boleh panjat masuk dalam pesawat k.

Pengalaman yang menarik sebenarnya dapat tengok jet pejuang dari dekat sebab tak pernah berkesempatan lagi nak tengok Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition.

Dengan harga tiket yang murah serta keunikan kapal selam serta jet pejuang yang dipamerkan, Muzium Kapal Selam merupakan destinasi yang menarik untuk dilawati di Melaka lagi-lagi untuk anak-anak.

Ada banyak je tempat letak kereta kat kawasan muzium ni. Ada juga sebuah restoran asam pedas serta kiosk menjual cenderahati yang den tak sempat nak singgah pun. Tak lalu nak singgah sebab panas sangat.

Harga tiket : Dewasa (RM5). Kanak-kanak (6-12 tahun) RM2

Waktu Operasi : Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat - Ahad : 9.00 pagi - 6.30 petang

Rehat Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

No comments:

Powered by Blogger.