Kita Kan 1 Malaysia

Semalam masa tengah dok melepak menunggu budak-budak ni bergelinjangan melompat sakan di dalam pool sambil multitasking (a little bit of reading + main Candy Crush + tengok socmed + perati kiddos), ada seorang Uncle ni tegur sebab katanya dah jarang jumpa orang baca buku hehhehehehe.

Sembang la sekupang dua dengan Uncle yang ramah tamah ni. Anaknya 3 orang (2 lelaki dan seorang perempuan). Anak lelaki kedua bekerja dari hari during weekdays + belajar during weekend. 

Uncle cerita dia dan family without fail akan ke church setiap Ahad. Church yang dia biasa pergi di Glenmarie, Shah Alam ada 3 kali ceramah/servis iaitu pada pukul 7 pagi, 10 pagi dan 12 tengahari.

Ceramah pada pukul 7 dan 10 pagi dalam Bahasa Inggeris. Ceramah pada pukul 12 tengahari dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan mereka yang hadir pada program pukul 12 tengahari adalah mereka daripada Sabah dan Sarawak dan mereka yang tak beberapa fasih dan faham Bahasa Inggeris.

Nampak simple kan tapi den rasa ini salah satu pendekatan mereka untuk menyampaikan amanat secara lebih menyeluruh dan berkesan kepada semua (dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan salah satu unique selling point depa.

Setakat yang den tanya buong, katanya khutbah Jumaat yang dia pernah dengar di beberapa masjid yang dia pernah pergi, semuanya di dalam Bahasa Melayu. Mungkin ada je kot khutbah dalam Bahasa Inggeris kat Malaysia nih kan, cuma kitaorang tak tau.

Tapi ada ke khutbah Jumaat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris? Nih pun den tak tau.

Uncle cerita ada sebuah kedai vegetarian di Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang akan memberikan makanan percuma kepada orang ramai pada masa-masa tertentu. Kalau tiada makanan percuma pun, lauk 3 jenis sayur + 1 jenis kuah adalah RM2.50 je. Murah sangat kan?

Walaupun den duduk Shah Alam dah lebih 15 tahun, den baru tau pasal kedai vegetarian tuh.

Seronok sembang dengan orang lama ni. Banyak nasihat yang diberikan. Orang lama nih dia punya English sangat meletops ye. Awak la yang tergagap-gagap dok memerah otak nak menyusun ayat padahal ayat biasa je pun, bukan ayat KBAT huhuhuhuhu.

Menyembang dengan uncle nih adalah salah satu rezeki den pada hari ini sebab dalam ramai-ramai orang yang dok melepak di tepi pool ni, Allah gerakkan hati beliau untuk menegur den yang muka berminyak-minyak ni. 

Alhamdulillah.

No comments:

Powered by Blogger.