Teknologi Urutan 4 Tangan OSIM, uLOVE2 Menjanjikan Keseronokan dan Kepuasan Berganda

uLOVE2, kerusi urut pertama di dunia yang didatangkan dengan teknologi empat urutan tangan yang hampir sama dengan urutan manusia/tukang urut professional.

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018: OSIM kini tampil mencipta terapi urutan terkini dengan melancarkan kerusi urut terbaharunya, uLove2 yang mempunyai ciri-ciri revolusi Teknologi Urutan 4 Tangan di One Utama. 

Sekali lagi, ikon pop popular, Andy Lau (yang sebelum ini pernah menjadi jurucakap pertama kerusi urut UDivine OSIM pada tahun 2010), telah terpilih untuk menjadi duta uLove2. Tiada yang lebih baik untuk menggambarkan kualiti yang luar biasa dan inovasi daripada revolusi kerusi urut ini selain daripada Andy Lau sendiri, malah beliau berterusan mencipta kebaikan untuk diri sendiri dan berani menembusi benteng dalam industrinya. 
Andy yang sudah sinonim dengan jenama OSIM turut mengungkapkan kegembiraanya dalam meneruskan legasi ini dan menjadi sebahagian ciptaan ini. 

“Saya sangat berterima kasih kepada OSIM kerana memberi saya peluag untuk mewakili inovasi menarik dalam terapi urutan moden ini. Saya tidak pernah merasa sesegar dan lebih tenang seperti ini terutama selepas melakukan urutan dengan uLove 2 dan revolusi teknologi urutan empat tangan ini. Sememangnya ini adalah kesihatan pertama dunia bagi meremajakan keseluruhan anggota badan".
Inovasi kali ini adalah yang paling terbaik (cemerlang) yang mana teknologi Urutan 4 Tangan ini menyediakan 4 set roller urutan berkuasa yang direka khas untuk mempunyai fungsi selari mengurut dari atas dan bawah badan anda secara serentak. Mekansime ini sebenarnya mirip dengan teknik cengkaman urutan empat tangan yang dilakukan oleh tukang urut professional di kebanyakan negara di Asia Tenggara. 

Teknik ini dilengkapi dengan urutan V-Hand™ yang sempurna bagi melancarkan dan memberi lebih fleksibiliti urutan; Ia berfungsi dengan sempurna seperti urut cengkaman tangan manusia yang memberi lebih rasa mendalam terhadap titik otot penting. Bola roller yang membentuk 720 darjah juga membolehkan ia berputar 360 darjah di kedua-dua arah dan membantu mencapai kontur badan lebih menyeluruh. 

“Pengalaman bertahun saya dalam rawatan urutan ini memberikan saya pandangan jauh tentang keperluan pengguna dan pengetahuan untuk merekabentuk program urutangaya hidup yang berkesan, iabukan sahaja memenuhi keperluan tersebut tetapi juga memberi keseronokan,”kata Sato Tsuyoshi, Pakar Urut Kiropraktik Jepun dan pencipta kerusi urut uLove 2. 
Apakah Sebenarnya Urutan Empat-Tangan?

Urutan empat-tangan ialah urutan yang dilakukan oleh dua tukang urut menggunakan teknik pencerminan pada dua bahagian tubuh badan pada masa yang sama, biasanya atas dan ke bawah bagi memberi anda hasil yang sama seperti mendapat dua urutan badan penuh sekaligus. 
Menyampaikan Pengalaman Urutan Kelas Pertama Daripada Kepala Sehingga Ibu Jari 

OSIM telah mengkonfigurasi reka bentuk dan ciri-ciri teknikal kerusi urut uLove2 untuk memberi pengalaman yang memberi kelegaan dan memanjakan badan seperti yang lain. Program urutan kerusi urut uLove2 ini telah disesuaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan daripada gaya hidup sibuk sehinggalah mereka yang aktif dan membantu melegakan kesakitan dan ketegangan otot daripada kepala sehingga ke hujung jari kaki. 
Program urutan uLove 2 memaksimumkan penggunaan teknologi terkini dan canggih, bagi V-Hand dan empat tangan yang membantu memberi kelegaan kepada empat titik utama badan: kepala & leher, leher & bahu, bahagian tulang belakang & punggung, dan punggung & peha. 

Anda juga boleh memuat turun program urutanbaharu melalui aplikasi kerusi urut uLove2 secara percuma. Aplikasi uLove2 dipadankan dengan peranti pintar anda yang membolehkan anda dengan mudah memilih program urutan anda dan menentukan pilihan pengalaman kerusi urut yang sesuai dengan anda. 
Antara ciri-ciri menarik uLove 2 adalah sistem audio surround 3D yang canggih, fungsi audio-visual bluetooth tanpa wayar ini memberi pengalaman tenang dan santai baharu dan pembesar suara kerusi urut uLove2 yang diposisikan dengan teliti dan dioptimumkan bagi memberi bunyi menarik serta menenangkan pendengar. Anda juga boleh memuat turun lagu original daripada Aplikasi kerusi urut uLove2 untuk menikmati pengalaman bunyi yang penuh harmoni. 

Untuk membantu meningkatkan pengalaman hiburan anda, anda boleh menonton video pada peranti pintar anda menerusi Entertainment Stand sambil mencajnya melalui port USB uLove2.

Rekaan Yang Elegan Dan Sofistikated 

Apabila menyentuh mengenai estetik atau menarik, kerusi urut uLove2 ini mempamerkan hasil kerja yang luar biasa dengan penggabungan kulit berkualiti tinggi yang didatangkan dalam pelbagai warna. 

Kerusi urut uLove2 edisi terhad berwarna biru ini melambangkan biru langit dan dihiasi dengan lukisan tangan bunga peony khususnya dicipta sempena pelancaran ini, serta dilengkapi dengan cetakan mahkota DiRaja. Sejak zaman purba, lukisan bunga peony telah dikenali sebagai simbol keberuntungan dan keindahan, ia sesuai dipadankan dengan kesempurnaan uLove2. Kerusi urut edisi terhad inijuga terdapat dalam pilihan warna merah jambu.
Selain itu, terdapat pilihan warna lain antaranya, Bold Green Sophisticated Brown dan Chic Purple. Setiap warna ini dipilih untuk melengkapi reka bentuk degan lukisan tangan bunga Magnolia ia melambangkan kemuliaan dan kesucian yang menghiasi sisi kerusi. Diilhamkan oleh rekaan hiasan dalaman popular yang menggunakan palet yang memperlihatkan kehalusan ciptaannya, uLove2 pastinya melengkapi dan menonjolkan setiap ruang kediaman dan sesuai berada di dalam rumah anda. 
Harga Runcit bagi Kerusi Urut uLove2 adalah RM20,888 

Promosi Pengenalan adalah RM377 sebulan.

No comments:

Powered by Blogger.