Hello October

Dah masuk bulan Oktober kan? Sekejap je masa nih ha. 

September has been super awesome to me. Sakan den berjalan ke hulu ke hilir sampai cuti rehat pun tinggal berapa hari je, duit pun terbang melayang dan tak kena gaya kena sound dengan boss sebab asyik cuti je hehehehehheehe.

Oktober nih rasanya parents yang anak-anak dah sekolah akan busy dengan peperiksaan akhir tahun (not to mention PT3 yang dah mula semalam ye). Untuk anak den si F tuh, den suruh la dia buat latihan dan ulangkaji apa yang patut. Nak di push sangat pun tak tau macam macam. Tapi tetap la ada kemusykilan kenapa kalau belajar payah bebeno nak menangkapnya tapi kalau cerita tentang dinosaurs, memang banyak fakta yang dia tau. Contohnya dinosaur apa yang berkuku dua, Apatosaurus tiada kaitan dengan Brachiosaurus, etc. Kalau dah minat dia tuh, memang cepat je lekat kat kepala ye.

In sya Allah ada satu hari yang memang den nak kena cuti di bulan Oktober nih sebab ada sesi reunion bersama kawan-kawan rumah sewa lama zaman-zaman bujang trang tang tang dulu (housemate masa tahun 2002-2004). Matik la cuti lagi, harus kena tindakan tatatertib jap lagi nih sebab asyik cuti je…haish (dah la sakan cuti masa office buat event besar huhuhuhu).

Lepas tuh kalau tiada aral nak pergi tengok konsert plak hahahahhahaha…haish lagho sungguh.

Kalau rajin mungkin nak tengok Venom kat panggung yang akan memulakan tayangan pada 4 Oktober nih. Kalau tak rajin, kita beli download atau beli dvd je la nanti.

Banyaknye la posts yang tak tersiap-siap lagi nih ha. Cerita jenjalan kat Selayang, Perth dan Langkawi….adoi la…harapnya dapat disiapkan at least separuh la dalam bulan nih kan huhuhuhuhu.

Basically bulan Oktober adalah bulan untuk berehat-rehat dan pulun buat kerja, semak semula status kewangan, etc sebab dah berjimbaan dengan sakannya di bulan September yang lepas huhuhuhuhu.

Semoga tiada tragedi Oktober untuk kita semua ye.

Hoping for the super awesome October.

No comments:

Powered by Blogger.