Penyanyi dan Lagu Zaman 80 an - 90 an Vs Penyanyi dan Lagu Zaman Millenia

08:57
Bagi memastikan buong the driver tidak terlelap semasa almost 7 hour journey, kitaorang pasang macam-macam lagu sebagai halwa telinga + kitaorang sembang pelbagai topik daripada cerita:

1. nak bersara awal tapi apa kan daya sebab hutang bertingket-tingket (repeated topic since we reached 40);

2. teka kereta jenis atau spesies apa berdasarkan lampu kereta yang memecut laju bagaikan di litar lumba di malam pekat (kita akan sentiasa dapat membezakan kereta berjenama luar dan kereta tempatan even dalam kegelapan malam);

3. kenangan ngeri kitaorang driving macam orang gila untuk 1 trip ke Cangkat Ibol (nak ziarah arwah Pak Usu yang sedang tenat pada masa tuh) dan 1 trip ke Terengganu (wakil keluarga pengantin lelaki) yang mana kedua-dua trips tuh kitaorang bawa mak dan ayah serta hampir accident;

4. Family drama. Too many episodes sampai kalah kombinasi sinetron Indon + Filipina hahhahahaha; 

5. Our kiddos. The hope, the dream, the worries, etc yang merupakan perasaan normal bagi mak bapak through out the centuries; dan

6. Penyanyi dan lagu zaman 80an - 90an vs penyanyi dan lagu zaman millenia.

So kesimpulan kitaorang (perasaan dan justifikasi kitaorang je la) tentang topik Penyanyi dan lagu zaman 80an - 90an vs penyanyi dan lagu zaman millenia adalah seperti berikut:

1. Search dan Wings adalah godfather bagi kumpulan rock yang ada kat Malaysia. Diaorang adalah legend. Semua kumpulan rock yang lain selepas itu macam Spring, Ekamatra, BPR, Dinamik, Mega, etc memang meletops juga lagu dan suara mereka tapi still tak dapat menyamai benchmark oleh Search dan Wings;

2. Rabbabi (atau nama zaman sebelum glamour adalah Nada Murni) dan Raihan merupakan godfather bagi semua kumpulan nasyid yang ada di Malaysia. Hijjaz was also okay. Yang lain tuh kitaorang dah tak beberapa nak ingat siapa. Sampai sekarang lagu daripada Rabbani dan Raihan den boleh ingat dan sing along;

3. Suara arwah Ustaz Asri dan Nazri memang one of its kind dan dah tak jumpa suara macam ni;

4. Suara kebanyakan penyanyi kumpulan rock kapak dulu-dulu memang meletops dan wow. Selamba je nyanyi note tinggi dan nyaring tetapi tetap lemak merdu. Muka dan video clip mungkin ke laut tetapi suara mantap habis. Buong rasa kalau ada orang biass yang boleh tarik masa menyanyi macam these rockers, pada zaman sekarang ni, depa memang terror la;

5. We are also missing the power house voices of Ziana Zain, Ramlah Ram, Aisyah, Shima, Ning Baizura, etc yang memang meletops suara depa;

6. Lirik lagu dulu lebih puitis, halus bahasanya dan mendalam maksudnya;

7. kenapa MNasir dah tak compose lagu dan kenapa dah tak dengar cerita tentang ajai;

8. Arwah Sudirman, Ibnor Riza, Jefrydin, Exist, 4U2C, Feminin, A to Z, etc; 

9. Siti Nurhaliza adalah seperti Mariah Carey. Sangat meletops pada satu zaman tapi lagu yang kengdian-kengdian ni macam tak menyengat sangat;

macam-macam lagi kitaorang sembang pasal lagu dan penyanyi nih. Antara yang den paling ingat:

Buong : Penyanyi sekarang nih macam tak setanding plak ye dengan penyanyi dulu-dulu.

Den : Bukan kat Malaysia je kot, kat tempat omputih pun sama juga rasanya kalau baca komen-komen netizen.

Buong : Tapi diaorang masih ada ramai penyanyi berbakat walaupun tak setanding dengan the late Michael Jackson (favourite singer dia nih). 

Kalau den, di samping the late MJ, I will rope in the late Whitney Houston dan Prince serta Celine Dion.

Den : At least depa ada Bruno Mars, Adele dan Ed Sheron (just to name a few). So Malaysia nih penyanyi mana yang best sekarang?

Buong : Aiman Tino?

Den : Ha....krik....krik...

There go my hope k. Kalau buong cakap Faizal Tahir macam ada la juga harapannya. 

Serious lama betul perjalanan kali ni sampai budak-budak dah tak kuasa nak tanya dah sampai ke belum heheehehee. Diaorang dah tidur 2 kali pun tak sampai-sampai ke destinasi.

Akhirnya bila sampai RR Gurun, buong surrender, tak larat dah nak drive katanya. 

Makanya berehat la kita di satu tempat yang bukan destinasi tujuan.

Masa nak tidur tuh, 

Buong : Lain kali kalau nak pergi sini, kita naik flight je la ye.

Den : I told you so hehehehehe (dalam hati).
Legendary

2 comments:

  1. Lagu2 thn 70an, 80an n 90an memang legend n malar segar.

    ReplyDelete
  2. Kan abam kie....kalau pergi karaoke pun lagu-lagu macam nih la pilihan ramai

    ReplyDelete

Powered by Blogger.