Hotel Amigo, Bandar Sri Iskandar

Walaupun Hotel Amigo ni terletak di deretan rumah kedai yang agak terhujung tetapi persekitarannya adalah okay dan tidak mengerikan.
Hotel yang tidak sesuai untuk ibu mengandung, OKU dan warga emas memandangkan tiada perkhidmatan lif disediakan dan tangga yang perlu kita panjat untuk naik turun ke bilik-bilik hotel adalah boleh tahan tingginya.
Jenuh juga kalau bawa barang banyak
Ruang lobi adalah comel sahaja dan penuh dengan barang jualan. Bukan sahaja ada air minuman serta jajan, terdapat juga jualan periuk belanga, frame gambar, etc untuk dibeli untuk penginap hotel.
Disediakan juga sofa di ruang menunggu.

Tempat letak kereta adalah di ruang hadapan hotel dan make sure beli kupon letak kereta kalau menginap di sini sewaktu hari bekerja ye.
Bilik hotel adalah just nice untuk kitaorang empat beranak.

Katil dan bantal yang empuk beserta televisyen dan aircond yang berfungsi dengan baik adalah just enough for us.
Ada disediakan air minuman serta penyangkut baju.
Bilik air yang sederhana lengkap serta bersih dengan hot shower yang berfungsi memang selesa untuk kitaorang.
Seterika dan iron board disediakan di ruang sedia sama.

Hotel berdekatan dengan pelbagai tempat makan.

A nice stay for our family.

4 comments:

  1. pasti buleh stay di sini bila ke sri iskandar sbb harganya berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mampu milik dengan bilik yang okay. Not bad.

      Delete
  2. Berdekatan dengan kedai2 makan..senang untuk pi dinner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang pun. Berenyut-renyut kedai makan kat sini. Pilih aje yang mana berkenan di hati hehhehehehe

      Delete

Powered by Blogger.