Setelah sebulan movie nih ditayangkan di pawagam baru la den berkesempatan menonton movie nih bersama member den. 
Movie yang penuh dengan sinematografi yang sangat cantik dan menawan hati dari mula hingga ke akhir cerita. Serious cantik k. Dah boleh setanding dengan sinematografi filem Hindustan bila hero heroin menari dah.

#Masa first time tengok pasir memutih dan laut membiru yang cantik, den dok bercakap-cakap dengan member den ‘kat mana di Melaka pantai dan laut cantik sangat macam nih oiii’ hehehehhehee.

Lakonan mantap oleh Remy Ishak dan Alvin Wong. Lakonan Puteri Aisyah okay je la. Tak semantap mana but not so bad.

Kadang-kadang terasa movie nih adalah lebih kepada kisah persahabatan Othman dan Lum berbanding dengan cerita cinta Othman dan Che Tom.

Beberapa adegan di dalam movie ini mengingatkan den kepada movie Titanic terutamanya semasa Othman dan Che Tom menari di buritan kapal di bawah sinaran bulan mengambang serta adegan bayangan Che Tom berlari-lari berjumpa Othman di kapal selepas  Che Tom meninggal dunia (macam adegan Rose jumpa semula Jack dekat tangga selepas Rose meninggal dunia).

Ada adegan dalam movie nih mengingatkan den kepada movie Life of Pi serta Titanic terutamanya di saat kapal dilambung ombak dan nak karam tuh.

Walaupun CGI semasa kapal dilambung ombak dan nak karam dan adegan kapal terbakar tuh ada yang macam animasi dan macam dalam game pun ada, movie nih tetap menarik sebab jalan cerita yang memang best, lakonan yang mantap, serta plot cerita yang tak meleret-leret, etc. Jarang nak jumpa cerita Melayu yang setiap babak pun menarik dan cepat.

Scene pergaduhan antara Othman dan Lum dengan beberapa kelasi berbangsa Cina tuh setaraf filem gangster Hong Kong ye bagi den. Sekali imbas dah macam Donnie Yen plak aksinya hehehehehehe. Memang antara adegan yang den suka dalam movie nih.

Si Juliana Evans sebagai Alia walaupun sekejap sangat watak dia memang cun dengan slanga British dia tuh. Kalau dia audition untuk watak Hermoine Granger untuk Harry Potter pun macam sajak sangat (dah la dia memang cantik, muka mix, cakap omputih berhabuk….memang lengkap la pakej).

Dah lama tak tengok Aida Khalida berlakon. Masih cantik perempuan nan seorang nih.

Dalam movie nih rasanya dalam 60% menggunakan bahasa halus dan bahasa baku yang kedengaran janggal di telinga kita yang dah biasa dengan bahasa wechat nih hehehehehehe tapi ini adalah salah satu factor wow dalam movie nih sebenarnya.

Den rasa filem Pulang nih den boleh kategorikan sebagai the most underrated movie bagi tahun 2018 untuk movie kita. Sehingga review ini dicoretkan, kutipan filem ini adalah jauh tertinggal dengan kutipan filem Hantu Kak Limah yang mula ditayangkan pada 9 Ogos lepas.

Filem Pulang adalah genre sejarah dan love story yang diolah dengan begitu baik sekali. Antara filem Melayu yang berkualiti yang pernah den tonton. Mungkin rakyat Malaysia masih belum terbuka hati nak terima cerita sebegini dan lebih suka cerita yang santai dan kelakar.

Movie camnih memang tak sesuai untuk budak-budak sebab nih cerita cinta orang dulu-dulu, kasih sayang suami isteri, anak dan ayah, anak dan ibu, etc. Kalau bawa budak-budak (terutamanya anak-anak den la) sure confirm potong jari diaorang akan boring dan membuat kacau ganggu kat dalam panggung tuh yang memungkinkan den dihalau keluar.

A really great Malay movie. Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam pembikinan movie ini.

4 Comments

  1. saya pun dah tengok, seronok cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.....antara movie Melayu yang terbaik rasanya.

      Delete
  2. bulan lepas bulan ni tho banyak cuti xdak geng nak pi tengok movie hehe.. kena tunggu jela tengok orng lain citer =(

    ReplyDelete
  3. Movie yg menarik tapi tak menepati selera orang Malaysia

    ReplyDelete