Den pilih nak tengok movie nih sebab Will Smith. Surprise!!!!!!

Joel Edgerton berlakon juga dalam filem nih tapi disebabkan dia dalam rupa Orc maka tak nampak la wajah dia yang boleh tahan tampan tuh.

Movie nih mengisahkan yang Daryl Ward (Will Smith) yang merupakan seorang polis LAPD secara paksa rela menjadi partner kepada Nick Jackoby yang merupakan bangsa Orc pertama menjadi anggota polis.

Diaorang bekerjasama walaupun dalam keadaan tak geng untuk mencegah jenayah di dunia yang dihuni secara bersama dan penuh prasangka di antara manusia, orcs, orang kerdil, elves, etc.

Diaorang berdua menyelamatkan seorang elf perempuan yang sedang melindungi a legendary magic wand yang hanya boleh dipegang oleh Bright (orang yang berkeupayaan menggunakan magic).

Ada la sesi kejar mengejar dan bunuh membunuh antara polis yang khianat, ahli sihir jahat, etc.

Of course akhirnya setelah pelbagai rintangan dilalui, orang jahat dimusnahkan dan si Will Smith tuh ada kuasa Bright rupa-rupanya.

Cerita diakhiri dengan kedua-dua pegawai polis tersebut dianugerahkan pingat di atas jasa diaorang membanteras jenayah.

Hmmmmm.

Cerita ini membuktikan bahawa sekiranya jalan cerita terpleot, letakkan la pelakon yang mempunyai nama besar mana pun, ceritanya tetap tidak best.

Begitu la perasaan den bila tengok cerita nih. Cerita kepolisan rasanya dah berulang kali diangkat di layar perak oleh Hollywood. Walaupun Bright menggabungkan cerita kepolisan bersama aspek magic (magic wand, Orc, elves, etc) tetapi movie ini tiada magicnya pun.

2.5 bintang je la rasanya. 0.5 bintang tuh sebab ada Will Smith.

Actually den rindu nak tengok Will Smith berlakon sebab dah lama sangat kot dia tak berlakon. He should look into what type of movie he want to do next very carefully rasanya. Den rasa I Am Legend, The Pursuit of Happyness and Ali adalah antara movies beliau yang terbaik.

Will Smith looks like he doesn’t age gracefully dalam movie Bright nih. Walaupun dia baru 49 tahun, dia nampak lagi tua daripada Denzel Washington berumur 63 tahun tuh.
Kenapa kurang kachaks sekarang nih?
Mungkin Will Smith dah tak beberapa sesuai nak bawa watak gila-gila macam dalam Men In Black dan Bad Boys sebab umur dia tuh, tapi still ada banyak watak lain kot yang Will Smith boleh lakonkan yang menonjolkan bakat dia.

# kita bagi peluang watak gila-gila semua nih pada the delicious Michael B Jordan plak ye.

I still root for Will Smith. Den harap dia dapat watak yang best in the next future.

0 Comments