Disebabkan mood den untuk mendaftar macam-macam kursus agak tinggi sekarang nih tak pasti kenapa, makanya den telah mendaftar untuk menghadiri Wynkids Open Day 2 Hour Free Workshop yang akan diadakan di Cititel Hotel, Mid Valley pada 3 dan 4 Mac 2018.

Berdasarkan maklumat di website Wynkid nih, ia mengkhabarkan ianya adalah merupakan satu program yang boleh meningkatkan kemampuan anak-anak daripada pelbagai segi berdasarkan teknik-teknik yang telah terbukti berkesan gittew.

3 Fokus Utama Wynkid Program berdasarkan website mereka adalah attitude and mindset, academic and study techniques and communication and social skills.

Kalau tengok kat website diaorang nih, majority students nya adalah Chinese. 

Walaubagaimanapun disebabkan Wynkids nak mengadakan 2 jam percuma hari terbuka nih, saja la den nak bawa F untuk melihat-lihat apa yang menarik yang ditawarkan oleh Wynkids nih. Of course la pembelajaran yang sebegini yang tiada subsidi daripada Kerajaan akan menelan belanja yang mungkin tidak mampu milik bagi golongan sederhana macam den nih tapi den still nak joint open day nih sebab free kot. 

Open day workshop ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun.

So kepada sesiapa yang berkelapangan dan berminat nak hadir, bolehlah mengisi simple registration form yang terdapat di campaign.wynkids

Maklumat yang diperlukan adalah nama ayah atau ibu, alamat email, nombor handphone dan bilangan peserta yang akan hadir pada hari terbuka tersebut (samada emak, bapa dan anak dan sebagainya).

Terdapat 2 tarikh dan 4 masa bagi open day workshop yang akan dijalankan di Cititel Hotel, Mid Valley pada 3 dan 4 Mac 2018 ini. Bagi kedua-dua tarikh 3 dan 4 Mac 2018 ini, kita boleh pilih samada nak menghadiri open day pada 10 pagi hingga 1 petang atau 3 petang hingga 6 petang.

Kita dikehendaki memilih satu tarikh dan satu masa yang bersesuaian dengan masa kita.

So kepada sesiapa yang berminat, do check out their website k.

0 Comments