Den pada dahulu kalanya adalah kaki wayang tegar terutamanya masa belajar di UKM dulu. Guna pula student card untuk dapatkan diskaun harga tiket wayang, memang heaven sungguh masa tuh. Sebab tuh la tengok movie Titanic sampai 8 kali kat wayang hehehehehehehehe.

Bila dah beranak pinak nih memang payah nak cari masa nak tengok wayang + bila makin tua nih agak memilih sikit nak tengok movie apa kat panggung sebab kalau boleh nak pilih movie yang berbaloi dengan wang yang dikeluarkan dan masa yang dihabiskan kat panggung tuh.

Rasanya memang dah lama gila tak tengok wayang sangat.

Cuma bila si A dah 3 tahun lebih dah macam faham sikit dan boleh behave tak bergelinjangan tak tentu hala, baru la den ada rasa nak tengok wayang semula. Tuh pun kena pilih movie yang sesuai untuk kiddos la kan supaya diaorang tak boring.

So yang paling mudah adalah movie yang ada binatang dan superheroes sebab cartoons biasanya kitaorang akan beli dvd je sebab diaorang akan ulang tengok sampai lebam tapi Incredibles 2 macam menggoda je untuk ditengok di pawagan kan?

So bagi tahun, 2018 nih, selepas kitaorang sekeluarga menonton Black Panther movie yang pecah panggung dan dikatakan telah berjaya membuat anjakan paradigma gittew, hanya terdapat 2 movies je pada tahun ini yang den rancang untuk tengok dengan kiddos iaitu:

1. Avengers : Infinity War yang akan ditayangkan pada awal Mei. Nih macam wajib tengok sebab ada ramai superheroes kan. In sya Allah kita cuba tengok sebelum puasa pada pertengahan May nih.
Eh  ada dua part rupanya.
2.  Jurassic World : Fallen Kingdom. Yang nih memang wajib tengok la kan kalau dah anak-anaknya peminat tegar dinosaurs. Diaorang tengok dinosaurs. Mama nak tengok the delicious Chris Pratt…eh.

Tuh je la rasanya movies yang menarik untuk ditengok dengan kiddos. Walaupun ada superheroes movies yang lain macam Spiderman, Antman, Aquaman, etc tapi rasanya macam kurang menarik untuk ditengok di panggung.

Movie Fantastic Beast : The Crime of Grindelwald nih den kena pergi tengok sorang gamaknya selaku peminat tegar Harry Potter sebab budak-budak minat cerita macam ni sebab diaorang kecil lagi. 
Hello young Albus Dumbledore
#Aquaman tuh macam den kena tengok juga sorang-sorang kat panggung kan sebab Jason Momoa seksi banget kannnnn……

0 Comments