Mangga Dua Mall ni merupakan shopping mall yang bertingkat-tingkat yang menjual lebih banyak barang macam handphone, pakaian, mainan, etc. Dia macam shopping mall biasa seperti Alam Sentral, etc.
 
Kat sini den langsung tak ambil gambar sebab sibuk tengok barang huhuhuhu.
The only gambar di Mangga Dua. Nih pun lepas shopping masa tunggu grab
Disebabkan kitaorang dah habis shopping baju, kain dan telekung di Tanah Abang, kitaorang target nak beli bag je di Mangga Dua.

Den beli 2 helai legging dengan harapan bila kurus nanti nak pakai masa berzumba nanti hehehehehehe. Kalau di online paling murah boleh dapat RM 40, kat sini den dapat RM 18 sehelai. Sport bras bewarna warni pun ada dijual ye.

Ada pelbagai jenis bag yang ada di sini ye. Hand luggage, sling bag, back pack, handbag, etc. Ada yang berjenama (yang tiruan la) dan tidak berjenama. Ada handbag yang dilonggok-longgok yang dijual dengan harga RM 16 sebuah. Kat Malaysia paling kurang handbag camtuh dalam harga RM 50 juga.

Ada Cath Kidston, Kipling, Gucci, Coach, LV, Longchamp, etc. Tapi kena tengok betul-betul la ye sebab ada yang harga sampai RM 600. Tak pasti la worth ke tak beli bag bukan original harga sampai camtuh. 

Den beli 1 sling bag dan 1 back pack Kipling. Untuk 2 bags nih den bayar RM 104 je. Kat Plaza GM, den beli purse Kipling pun dah RM 50. Sling bag Kipling kat GM Plaza pun dah RM 150. So den memang happy dapat beli these two bags.

Kitaorang beli semua barang-barang nih di kawasan ground floor je. Tak larat dah nak berjalan di setiap tingkat tengok apa yang ada.

Mesti singgah juga di sini untuk tengok barang-barang yang dijual terutamanya bags.

0 Comments