Selepas tengok cerita Paradox tuh of course la akan ada perbincangan antara den dan buong.
 
Mula-mula kitaorang ulas pasal cerita tuh. Lepas tuh kitaorang cerita pasal Tony Jaa, Jet Li, Jackie Chan, Donnie Yen, pelakon muda yang boleh juga berkungfu macam Eddie Peng, etc.

Lepas tuh kitaorang bandingkan cerita Paradox dengan cerita J Revolusi plak. Of course la banyak komen kitaorang especially slow pace dari satu scene ke satu scene lain dalam J Revolusi.

End up with kitaorang musykil kenapa tiada movie dari Malaysia yang dibuat berkisarkan seni mempertahankan diri orang Melayu iaitu silat. I mean Hong Kong dan China ada kungfu. Thailand ada muay thai. Kenapa kita tak ketengahkan silat kita ke kita malas nak berkonfrontasi dengan Indonesia in case depa kata kita cilok silat depa.

However, here goes our conversations:

Den    :  Kenapa Malaysia tak nak buat cerita pasal silat kan?

Buong : Dah orang Malaysia suka tengok cerita cinta je. 

Den    : Sayang la. Macam cerita Pendekar zaman kita sekolah rendah dulu best apa yang Rusdi Ramli semua berlakon tuh.

Buong : Haah kan. Pada hal kita ada je macam-macam jenis silat. Silat gayung dan silat cekak pun dah cukup okay kot kalau nak buat filem.

Den    : Kalau kita buat cerita silat, siapa yang sesuai berlakon kan? (den dan berangan berpisah tiada).

Buong : Eman Manan dan Faizal Hussien.

Den    : Depa tuh dah tua. Elok watak Tok Guru silat. Mustafa Kamal okay je jadi Tok Guru sebab dia macam putih melepak dan macam mix la plak.

Buong : Okay Mustafa Kamal tuh. Tapi yang paling sesuai sebenarnya Sidi Oraza.

Den    : Tapi dia dah tak berlakon pun. Sayang la dia tak nak berlakon kan sebab dia berlakon best.

Buong : Haah kan. Siapa pelakon muda yang sesuai bawa watak pesilat?

Den    : Beto Kusyairi macam okay. Syazwan Zulkifli pun okay tapi dia jadi pesilat yang jahat la.

Buong : Sofi Jikan, Khir Rahman, Rusdi Ramli, Zambri Gerak Khas, Adi Putra dengan Aaron Aziz tuh sesuai.

Den    : Ha…semua tuh sesuai tapi semua dah 40an tuh. Kita nak hero yang 20an atau awal 30an. 

Buong : Farid Kamil pun okay rasanya.

Den    : Ewww….Farid Kamil? Remy Ishak okay tak?

Buong : Haa…..Remy Ishak sesuai. Fizz Fairus tuh pun okay. Sharnaaz Ahmad tuh okay juga tapi jadi orang jahat.

Den    : Fattah Amin?

Buong : Hahahahahahahahahaha….(serious dia gelak besar k). Dia tuh tak sesuai la. Berlakon cerita Suamiku yang entah apa-apa tuh boleh la.

Ha….begitulah perbincangan kitaorang secara ringkas tentang cadangan hero untuk filem bertemakan silat.

Kalau Malaysia mampu buat filem silat standing dengan Ong Bak dan Once Upon A Time In China kan best.
Harus ada scene sebegini dengan sinematografi yang cantik
Legendary duel between Eman Manan and Faizal Hussien

0 Comments