25 November 2017 lepas den sekeluarga pergi ke Fantasy of Light, Marina Island, Manjung, Perak sebab dah alang-alang dah terpergi ke Perak mari la kita singgah ke sini tengok apa yang hype sangat kawasan nih.

Fantasy of Light, Marina Island, Manjung, Perak ini akan beroperasi dari 24 November 2017 - 4 Mac 2018 kalau mengikut maklumat yang dinyatakan di dalam facebook nya.

Ianya akan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 1 pagi.
pintu masuk
Disebabkan kitaorang pergi sehari selepas tempat ini mula beroperasi maka agak banyak la perkara yang boleh diperbaiki.

Kitaorang sampai sini dalam pukul 10 malam. 

Tiket letak kereta sebanyak RM 5 dikenakan untuk setiap kenderaan. Kawasan letak kereta terbuka di atas tanah dan rumput yang memang akan lecak bila hujan. Dari tempat letak kereta ni kita perlu berjalan lebih kurang 7 - 10 minit untuk sampai ke pintu masuk.

#Kalau ada anak kecil atau warga emas sila tinggalkan mereka berdekatan pintu masuk sebelum meletakkan kereta.
Peta tempat kejadian
Kaunter tiket yang ada pada malam kitaorang tuh pun macam kurang proper tapi tak pasti la kalau memang macam tuh la rupanya.

Tiket dewasa : RM 20/seorang.

Tiket kanak-kanak : 4 - 12 tahun : RM 12/seorang.

Kanak-kanak bawah 4 tahun : Percuma.

Mungkin sebab baru 2 hari dibuka, makanya ada gerai menjual makanan, minuman dan cenderahati masih tidak beroperasi.

Dalam nih kita akan dapat tengok pelbagai objek yang diterangi dengan cahaya @ lampu.

Disebabkan kamera den biasa je, makanya gambar kitaorang kat sini banyak yang kelam-kelam.

Ada kawasan bunga tulip, bunga matahari dan bunga lili. Kita boleh bergambar di celah-celah bunga nih, memang ada disediakan ruang untuk kita menyusup masuk dan ada batu untuk kita duduk bergambar.

Ada replika ikan paus, sotong, oyster, ikan dan rumpai laut. Kita boleh bergambar di antara rumpai laut dan di dalam perut seekor ikan paus.

Ada satu kereta kuda ala-ala Cinderella. Kita boleh naik bergambar di dalam pedati kuda nih.

Ada buaian berbentuk bulan sabit yang kita boleh naik untuk bergambar atau hanya melepak untuk berehat. Tak sempat ambil gambar kat sini sebab ramai sangat orang beratur kat sini. Malas nak tunggu.

Ada replika bulan sabit, angsa, bunga teratai, etc yang kita boleh bergambar di antaranya.

Ada deretan bunga yang membentuk perkataan LOVE yang sangat sesuai untuk pasangan memadu kasih mengambil gambar di sini.

Kalau anak-anak nak main di dalam Giant Whale Ballon Playland, bayaran tiketnya adalah RM 15/seorang. Kalau mak ayah nak teman anak-anak main kat dalam tuh, RM 10/seorang. Memang la kitaorang tak masuk sebab macam mahal pula rasanya.

Kat kawasan Scooping Fish, RM 10 untuk 3 batang sauk yang diperbuat daripada kertas. Kita boleh sauk ikan berapa banyak yang kita boleh menggunakan sauk tuh sehingga kertas tuh terkoyak. Ikan yang disauk boleh dibawa balik.


Rasanya kawasan untuk semua replika bercahaya nih dalam 1.5 ekar je. Ada pekerja yang tengah welding stuff kat hujung kawasan, ada pelbagai barang yang masih dalam kotak, etc.

Kalau memang tujuannya nak mengambil gambar dengan sangat jayanya dalam 1.5 jam in sya Allah dah selesai. 

Kitaorang spend masa kat sini dalam 1 jam.

Kesimpulannya bagi den kalau siapa pernah pergi iCity Shah Alam, Fantasy of Light nih tidaklah seseronok mana. 

My two cents:

Letak kereta RM 5 adalah agak mahal bagi kawasan letak kereta yang lecak bila hujan dan agak jauh dari pintu masuk. RM 1 sudah la kot.

Sewajarnya Marina Island nih mempertimbangkan menggunakan konsep iCity masa iCity mula-mula dibuka kepada orang awam di mana tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung masuk mengambil gambar bersama replika-replika bercahaya dan melepak di situ.

Boleh juga nak kenakan bayaran tetapi jangan terlalu mahal. RM5/dewasa dan RM2/kanak-kanak bagi 1 bulan pertama macam tuh sebagai promosi pun dah cukup okay den rasa. Nak-nak lagi tidak semua bahagian yang dicadangkan hendak dibina di kawasan seluas 4 ekar ini  siap sepenuhnya.

Kalau dah tiket pun RM12/kanak-kanak patutnya mainan kat dalam ni iaitu dekat Giant Whale Ballon Playland dan Scooping Fish tak perlu la dikenakan bayaran. 

Orang dewasa pun dah bayar RM20 untuk masuk ke sini. Lagi kena bayar RM10 untuk teman anak bermain di dalam Giant Whale Ballon Playland tuh. Teman anak main je kot. Harus la teman kan sebab kita tak tau apa ada dalam playland tuh, kot jatuh tergolek nanti camne la pula kan. Teman pun kena bayar…..hmmmm.

Boleh nak kenakan tiket bagi setiap permainan yang disediakan tapi tiket masuk janganlah mahal sangat.

Den yang bayar RM 52 untuk 2 tiket dewasa + 1 tiket kanak-kanak pun rasa macam terkilan coz attractionnya tidak lah sehebat mana.

Bayangkan keluarga yang ada anak dalam 4 orang. Berapa banyak depa kena spend untuk tiket masuk. Belum kira tiket untuk main kat dalam tuh lagi. Belum kira makan minum lagi.

Betul tiada siapa yang paksa kita datang ke sini + kita selalu ada pilihan untuk tentukan ke mana kita nak bawa keluarga kita berlibur tetapi biarlah berbaloi dengan apa yang dibayar.

Lain orang lain pandangannya cuma bagi den ianya tidak sehebat yang diwar-warkan.


Tak pasti kenapa tak rasa magical bila berada di sini.

Cumanya kalau kita memang duduk dekat kawasan ni boleh la datang untuk tengok replika berlampu gittew.

0 Comments