Hotel Strawberry Fields Petaling Jaya

18:02
Kitaorang menginap di hotel nih sebab ianya merupakan antara hotel yang terdekat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Tak sampai 10 minit dah sampai ke PPUM dari sini. 

Disebabkan temujanji ibu mertuaku bersama ahli fisio dan doctor adalah pada pukul 8 pagi, makanya memang kena menginap di hotel. Kalau gerak dari Shah Alam memang tidak akan sampai tepat masa di PPUM.

Star point bagi hotel ni adalah ianya berdekatan dengan pelbagai kedai makan sama ada fast food (Domino dan KFC), kedai mamak (ada 3) dan kedai makan western serta goreng-goreng. Memang boleh berjalan kaki dari hotel nih untuk ke semua kedai makan yang ada di sekitarnya.

Kawasan parking awam yang terletak betul-betul di sebelah hotel juga merupakan kemudahan yang memudahkan terutamanya bagi den yang membawa ibu mertua yang mengalami masalah untuk berjalan.

Hotel ni sesuai untuk semua sebab dia menyediakan kemudahan lif.

Bagi bilik dengan katil Queen bagi harga RM110 semalam di kawasan Petaling Jaya adalah sangat okay sebab bilik dan bilik air kemas dan bersih. Bilik dengan kemudahan standard dengan 2 botol air mineral, cerek, uncang teh dan kopi, televisyen, tempat penyangkut baju, etc.
Lukisan tingkap siap dengan burung hehehehhe

Walaupun biliknya agak kurang kalis bunyi tapi masih selesa duduk di sini.

Bila check in kita akan dapat dua complimentary drinks.

In sya Allah akan menginap lagi di sini sekiranya ada urusan di awal pagi di kawasan ini.

No comments:

Powered by Blogger.