Cerita From Abang @ Pakcik Teksi

Dialisis Buah Pinggang
 
Sentiasa kena bersangka baik kepada semua orang coz kalo kita pikir positif maka positif la hasilnye biasanya.

Tapi abang teksi yang den jumpa nih positif sangat k. Dia kata dia bersyukur walopun dia kena buat dialysis 3 kali seminggu, dia masih mampu bekerja, boleh makan & buang air macam biasa. Dia amalkan makan cuka epal dan makanan sunnah yang lain.

Dia kata setiap kali dialisis, dia akan tido. So dia consider dialisis tuh sebagai masa untuk dia berehat selain rehat masa tido malam.

Abang tuh walopun sakit, dia tetap bersyukur dan terus keje bersungguh-sungguh. Takde sikit pun dia bersungut. Sepanjang dia dok bercerita tuh muka manis je, cakap pun lembut je.

Miskin

Sentiasa amalkan asma ul husna.

Pakcik teksi cakap ustaz koba dalam ceramah orang yang paling ramai menghuni syurga nanti adalah orang 'miskin'.

Ada 2 jenis orang 'miskin' katanya:

1) orang kaya yang sedar dan faham hartanya adalah amanah, tak sombong, belagak, etc dan
2) orang miskin yang redho dengan kemiskinannya.

Sumber Air vs Bekalan Air Bersih

Pakcik cab yang sangat ramah tamah dan speaking London yang sangat berhabuk tanya tentang LUAS, SYABAS dan SPLASH, pemilik loji rawatan air, syarikat yang merawat air mentah, syarikat yang bekalkan air ke rumah, caj yang dikenakan, etc. 

Serious sangat terpesona dengaq dia cakap omputih.

No comments:

Powered by Blogger.