Sebelum sampai kat tempat penginapan kitaorang untuk 2 malam nih, consultants kata kalo tengok kat internet, kalo tengok gambo-gambonya, guesthouse nih macam agak ngeri skit, macam a bit spooky sebab macam dah lama. Dah den risau kot-kot ada momok nanti camne la plak kan.

Tapi tuh la kan maybe photos dalam internet yang consultants tengok tuh don’t really do justice for this place sebab seriously guesthouse nih chantek ala-ala medieval dan cosy sangat.

I truly love every bit of this guesthouse daripada persekitaran dia, lobi, ruang rehat, ruang makan dan bilik dia.

Sampai je dari London tuh memang dah malam dah. Kitaorang dinner kat Bear & Ragged Staff je.

Bilik den kat tingkat 2. Tangga dia adalah tangga yang berpusing dan step dia agak curam. Jenuh ooo angkut beg nak naik tangga nih. Mujoq takde adegan tergolek jatuh tangga tuh.
Heret bag besaq naik tangga nih memang bley tambah muscle

Den paling suka bilik dia. Bilik dia sangat awesome. Besaq gila dan lengkap dengan serba serbi. Ada sofa, meja tulis, tv, pelbagai jenis teh untuk diminum sambil bersantai, etc. Katil dan bantal dia empuk sangat-sangat. Kena plak dengan badan yang letih memang sedap sangat tidoq.
Katil empuk gila. Bantal sampai empat biji + 2 kusyen...heaven sangat bila landing lepas mandi ayaq panas lepas almost the whole day on foot
Pelbagai teh. Den sempat minum 2, 3 jenis je. Cantik kalo dapat set nih buat souvenir kan tapi malangnya den tak terjumpa cari souvenir camnih

Heater dalam bilik air tuh serious sangat best. Den basuh seluaq jeans dan sidai kat heater tuh malam tuh. Esok paginya seluaq jeans tuh dah kering dan boleh teruih pakai. Teruja den.
Paling berkenan dooh kat heater tuh

Pintu bilik dua lapis pun design medieval. Kunci dia pun klasik.
The first door dari luar bilik
The second door
Serious den seronok gila duduk kat sini.

Breakfast ada cereals, fruits, roti dan jam. Untuk den dah cukup heaven dah breakfast camtuh. Ruang makan breakfast dia pun best….terasa macam berlakon ceite Robin Hood pun ada hehehhehehee.
Tak sempat cari jem kecik2 nih nak buat souvenir
My breakfast sepanjang dua pagi kat sana
Berkenan betoi den dengan jams nih hehehehehee

Ruang santai dia pun cozy cuma tak sempat pun nak duduk pun sebab memang jadual adalah sangat padat. Just dapat amik gambo sekupang dua je.

Kat Oxford nih lagi sejuk dari London. Memang bernafas berasap-asap la. Masa den bangun pagi terawal on the second day tuh, sementara nak tunggu breakfast, sempat la den berjalan-jalan la dalam 30 minit kat sekitar kawasan guesthouse nih. Sejuknya tuh sampai ke tulang. Setiap kali den kuarkan tangan dari poket baju sejuk sebab nak amik gambo dok ada perasaan macam ‘oiiii…..pasai pa sejuk nak mampuih nih haih’. 
Gambar-gambar kat sekitar guesthouse tuh je pun. Tak melangkah setapak keluaq pun dari compound depa tapi gambaq still berenyut
 Den rasa nih hotel tema kampong yang paling best yang den pernah pergi dalam hidup den.

Bila ada rejki terdatang ke sini, in sya Allah den nak bawa kiddos tidoq kat sini sebab ia adalah super awesome.

#kalo tak meletops bilik dia memang saja je la kan dengan rege RM 672/malam……pitam….

#sebut Oxfordshire teringat plak dekat movie Lord of The Ring…kawasan penempatan hobbits iaitu The Shire.

0 Comments