Last week den ada bengkel almost 3 hari kat Kuala Terengganu. Dah alang-alang ke sini den pun bawa family la bercoti sekali camtuh. Singgah sana sini sekupang dua dalam masa 2 hari lepas bengke tuh.
Persediaan untuk borong keropok leko
Kesahnya:

1. On the way ke Kuala Terengganu tuh si A dok cakap sakit perut sejak lepas RR Genting Sempah. Terpaksa de tour ke klinik kat Marang sebab dia menangis sakan. Dr scan perut dia tengok pundi kencing penuh dan najis pun penuh. Dia tulis surat & suruh pi teruih ke hospital.

Kitaorang pergi la bahagian emergency Hospital Sultanah Az Zahirah di Kuala Terengganu. Daripada bagi surat referral dari klinik - A ditengok oleh nurse - pendaftaran kat kaunter - jumpa Dr - xray - jumpa semula Dr - amik ubat tak sampai 30 minit pun k. Serious perkhidmatan yang super pantas daripada hospital kerajaan yang pernah den pergi. Tatau la memang kebetulan orang tak ramai ke ape masa tuh.

Masa Dr check A kat spital tuh, dia tiba-tiba dah bley kencing. So dia dah cergas la lepas kencing tuh. Dr bagi ubat antibiotic dan ubat nak mudahkan mem’beri’. Ahli farmasi yang bagi ubat tuh serious handsome nak mampuih macam retis k dengan putih melepak merah-merah.

2. Tak dapat nak pergi tengok Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu kat Rantau Abang sebab depa tutup hari Jumaat dan Sabtu. Sedih skit sebab kalo tak sure budak-budak nih suka dapat tengok penyu-penyu.

3. Beriya-iya den buat tentatif program berjalan-jalan tuh tapi tuh la kita hanya mampu merancang. Ada tentatif program yang kitaorang tak dapat buat atas factor kesihatan, cuaca, kepenatan, etc.

4. Memang kitaorang tak pergi tempat menarik kat Kuala Terengganu macam Masjid Kristal, Mini Tamadun Islam dan seumpama dengannya sebab memang la budak-budak tuh tak minat tempat-tempat camnih. Tapi memang ternampak Masjid Kristal tuh dari kejauhan beberapa kali.

5. Memang sakan dok pusing Kuala Terengganu tuh coz dok tersesat-sesat walopun guna waze. Biasa kalo den co-pilot nye hehehhehehehe.

6. Tak pi mana pun kat Kuantan tuh sebab terlambat sampai kat situ. Walopun hotel cuma 5 minit dari Kuantan River Front, memang tak dapat nak jejak kaki pun ke situ sebab si A kedongdang sayang tuh sakit perut katanya tapi bila sampai bilik hotel elok je dia bergelinjangan.

In a nutshell, memang best je spend masa dengan family lagi-lagi plak nih percutian terakhir sebelum si F masuk darjah 1 tahun depan di mana tatau lagi rajin tak mak pak dia nih rajin tak nak bersesak-sesak bercoti setiap kali coti sekolah huhuhuhuhu.

Ada banyak nak dicoretkan pasal trip nih. In sya Allah kalo berkesempatan den ceite k.

0 Comments