Den tak pernah tau pun pasal Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu kat Perak nih. Den ingat pusat camnih ada kat Terengganu je sebab sekali sekala dulu-dulu dok terbaca pasal penyu di Rantau Abang je. Ternampak sign board pasal Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari nih masa kitaorang on the way dari Jeti Lumut ke Telok Senangin. So walopun tak tido kat Yeob Bay, Telok Senangin tuh, kitaorang tertau pasal kewujudan pusat pemuliharaan penyu nih.

Disebabkan lepas check out dari Bezza Hotel pada 19 Julai tuh, ujan lebat dan terpaksa cancel ke Pulau Pangkor, kitaorang terus la ke pusat pemuliharaan penyu. Seperti biasa, kalo berjalan tak sesat memang la tak sah kan lagi-lagi kalo den yang jadi pemandu arah hehehehhe. Memang la tak sesuai masuk treasure hunt den nih.

Memang jauh ke hujung pusat pemuliharan penyu nih. 

Sampai je kat situ dalam 1.45 petang. Disebabkan hujan masih lebat, duduk la kami anak-beranak dalam kete tuh sampai 2.15 petang. Memang dok nampak la ombak agak tinggi dok menghempas Pantai Pasir Panjang tuh.

Buong kata kita redah je la tengok penyu-penyu tuh coz tatau hujan nak berhenti pukul berapa. Masa kitaorang keluar kete tuh, ada 1 family cina tengok jugak penyu.

Mungkin orang tak ramai sebab hari hujan + hari bekerja + ramai ke orang yang berjiwa alam semulajadi nak tengok penyu nih.

So berpayung la kitaorang 4 beranak menengok penyu di dalam hujan yang agak lebat.

Pusat pemuliharaan penyu nih dirasmikan pada 16 April 2011.  Ia dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Rehat pada 12.30 - 2.00 petang pada hari biasa dan 12.00-2.30 pada hari Jumaat.

Masuk free je. Parking in sya Allah banyak je sepanjang pantai tuh luaq bangunan tuh. Tapi disebabkan hujan kitaorang parking betoi-betoi sebelah pusat penerangan tuh.

Mula-mula masuk kat bilik penerangan pasal penyu tuh. Tak dan nak baca apa pun sebab dok kalut ligan budak-budak nih yang dok sibuk nak pi tengok penyu. Cuma sempat ternampak tajuk satu poster ‘penyu adalah satu-satunya spesies berDNA dinosaur yang masih wujud’ camtuh la lebih kurangnya.
Macam elok je jadi jaga pusat penerangan nih. Sorang jaga belah kanan, Sorang jaga belah kiri.

Budak-budak memang sangat excited tengok penyu-penyu tuh. Den pun excited jugak sebab first time rasanya tengok penyu. Kura-kura je dah biasa tengok. 

Disebabkan hujan, den tak sempat nak menyiasat samada boleh tak masuk ke tempat nursery atau tangki asuhan anak penyu. Kawasan nursery nih dipagar dah dikunci, so kitaorang tengok anak-anak penyu tuh dari luar je la. Budak-budak tak beberapa happy tengok anak penyu kat sini sebab depa kena didukung untuk nampak anak-anak penyu tuh.

Ada je pekerja kat situ tapi semua orang dok berteduh sebab hujan.

Geram jugak tengok anak-anak penyu yang kiut miut dok berenang. Comei je semua.
Amik gambo baby penyu dari kejauhan je la
Mungkin depa tutup camnih sebab ade kes orang cekau amik anak-anak penyu kot
Disebabkan takde sapa pun yang available nak bagi penerangan, den agak-agak nih penyu remaja

Budak-budak terpaling gumbira tengok penyu dewasa dekat dua kolam terbuka. Kat kolam yang paling besar tuh, ada penyu daripada saiz sederhana sampai saiz besar. Tapi ada dua ekor penyu saiz sederhana je yang dok berenang-renang. Yang lain dok berehat. 
Sekoq nih aktif sungguh berenang ke hulu ke hilir

 Sakan la F dok tanya macam-macam. Antara yang den paling ingat:

F : Mama….kenapa penyu besar tuh tak nak bergerak?

Den : Penyu tuh berehat-rehat. Dia dah kenyang makan kot.

F : Ooooo…..penyu kenyang sebab makan banyak macam mama ke?

Den : ….bertabahlah duhai hati (dalam hati).

Kolam yang kedua tuh semua penyu bersaiz sederhana. Penyu-penyu kat sini rancak dok berenang sana sini cumanya air kat kolam nih keroh skit. Tak beberapa nak nampak jelas penyunya.

Kolam ketiga ada beberapa ekor tuntong. Disebabkan den memang tak beberapa jelas perbezaan tuntong, kura-kura dan labi-labi, den tengok tuntong tuh macam kura-kura je.

Kalo ikutkan wekipedia pusat pemuliharaan penyu nih, kita boleh joint tengok tapak penetasan penyu dan tengok aktiviti melepaskan anak-anak penyu. 2 spesies penyu yang biasa mendarat kat Pantai Pasir Panjang nih adalah Penyu Lipas dan Penyu Agar.

Den tak sempat nak jengah pantai tempat pelepasan anak-anak penyu tuh sebab masih hujan masa kitaorang nak balik tuh.

Lepas melepak tengok penyu dalam almost sejam jugak, kitaorang pun bergerak balik ke Shah Alam. Seperti biasa, kalo melawat tempat-tempat menarik camnih, akan ada sesi melalak-lalak sebab tak puas lagi tengok penyu. Kali nih si A plak yang melalak. Sabo je la kan.

Tempat nih menarik jugak untuk bawak budak-budak bagi mendekatkan diri depa dengan alam semulajadi camtuh. Nak jadi peminat tegar alam sekitar macam WWF atau Malaysian Nature Society (MNS) tuh memang la jauh panggang dari api. At least dapat bawak kiddos pi tempat-tempat camnih pun dah okay la kot sebagai permulaan.
On the way cari pusat pemuliharaan penyu tuh, kitaorang sesat sampai sini hehehehehhe
Chantek plak masjid kat Segari nih

0 Comments