Disebabkan The Good Dinosaur movie akan mula ditayangkan minggu hadapan, den hendak imbas kembali tentang movie berkaitan dinosaur yang kitaorang tengok tahun nih.

 

Jurassic World nih ditayangkan di pawagam di Malaysia pada bulan Jun tahun ini.

 

Masa tengok trailer movie ini di televisyen, den memang berangan-angan hendak bawak F tengok movie ini.

 

Memang bawa dia sorang sahaja sebab A kecil lagi.

Tidak sesuai lagi hendak dibawa tengok wayang. 

Karang dibantainya melalak dalam panggung udah mengganggu ketenteraman orang lain yang hendak tengok wayang hehehehehe.

 

F memang teruja tengok movie ini sebab hendak tengok dinosaur tetapi sementara dinosaur itu hendak muncul memang jenuh melayan pertanyaan ‘mana dinosaur mama…mana dinosaur’. 

 

Jalan ceritanya pada den memang best sebab penuh aksi.

Dinosaurs pun wujud di dalam 80% sepanjang movie ni.

 

Chris Pratt sebagai action hero memang sangat mantop.

 

Walaupun jalan cerita lebih kurang sama macam Jurassic Park di mana dinosaur terlepas secara tidak sengaja dan mencetuskan huru hara lalu hero dan heroine perlu menyelamatkan keadaan tapi tetap menarik ye.

Mungkin sebab sudah lama sangat tiada cerita dinosaur agaknya.

 

Movie ini memang la sesuai untuk seisi keluarga sebab anak-anaknya sudah tentu minat dinosaur.

Mamanya boleh mencuci mata tengok Chris Pratt.

Papa adalah penting sebagai pembayar tiket wayang hehehehehehe.

 




0 Comments