Alhamdulillah berjaya juga membuat blog ini dengan tunjuk ajar oleh cikgu Yaz Yaakob.

Walaupun orang lain dah berzaman ada blog, den baru je mula nak ada blog, diharapkan blog nih panjang la umurnya.

Semoga entry yang pertama ini akan menjadi pemangkin untuk den terus bercerita tentang dinosaur.

In sya Allah blog ini akan cuba dipenuhi dengan cerita tentang dinosaur secara santai. Cerita den dengan perkara-perkara berkaitan dinosaur. Cerita melihat pameran-pameran dinosaur. Cerita anak-anak den yang merupakan peminat dinosaur tegar setakat sehingga hari ini.

Den juga akan cuba selitkan info tentang dinosaur yang sudah tentu den akan dapatkan daripada webs, buku, etc yang menceritakan tentang dinosaur.

Bagi paleonthologists dan the real dinosaur enthusiasts, blog ini bukan blog yang sesuai untuk korang sebab info tentang dinos yang ada di sini adalah sangat ringkas dan santai.

Disebabkan blog ini baru sangat dibuat, akan ada beberapa entries yang akan mengimbau kembali kenangan silam bersama dinosaurs gitu.

Di samping tuh jugak, supaya orang tak boring asyik baca pasal dinasour je, den akan ceite ape yang rasa den nak ceite camtuh.

In sya Allah, dalam jangka masa enam (6) bulan secara berfasa, blog ini akan menjadi kedai mini yang menempatkan koleksi bertemakan dinosaur terutamanya untuk kanak-kanak termasuklah pakaian, cadar, buku, mainan, etc yang boleh ibu bapa, pakcik dan makcik, atok dan nenek berikan sebagai hadiah kepada peminat cilik dinosaurs.

Salam perkenalan untuk semua.

0 Comments