Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sejak PKP mula dikuatkuasakan di Malaysia pada 18 Mac 2020 merangkumi beberapa jenis Perintah sehingga ke hari ini di mana kita semua di dalam fasa Pelan Pemulihan, kebanyakan rakyat Malaysia memang membeli belah secara atas talian kerana lebih selamat, mudah, cepat tanpa perlu keluar dari rumah. Semua sesi membeli belah pelbagai barangan hanya boleh dibuat di hujung jari.

Antara platform membeli belah atas talian yang tidak perlu dikenalkan lagi adalah PG Mall.

Den akan ceritakan tentang Kolaborasi PG Mall dan Grab Express nanti ye.

PG Mall

PG Mall merupakan platform tempatan E-commerce nombor satu Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017.

PG Mall telah disenaraikan di dalam top 3 bagi senarai  platform E-commerce yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysian oleh Iprice insight report di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

Korang boleh layari laman sesawang atau applikasi PG Mall untuk melihat pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan daripada kategori kesihatan dan kecantikan, kanak-kanak dan bayi, fesyen wanita dan lelaki, peralatan dan aksesori elektronik, peralatan rumah, barangan dapur, gaya hidup, sukan, travel, e-tiket, voucher dan lain-lain.

Kita boleh mendapatkan pelbagai barangan pada harga diskaun melaui hotday sale dan super shocking sale.

Kolaborasi PG Mall dan Grab Express

Sekarang PG Mall berkolaborasi dengan Grab Express di dalam usaha memberi nilai tambah perkhidmatan kepada rakyat Malaysia iaitu perkhidmatan penghantaran ekspress (express delivery service).

Ini adalah kerana permintaan terhadap penghantaran pada hari yang sama barangan dipesan semakin meningkat sejak Malaysia berdepan dengan pandemik Covid19 yang masih belum tahu bila dapat dikekang secara menyeluruh.

Bagi fasa pertama kolaborasi ini, penghantaran GrabExpress akan tersedia kepada semua penjual dan pembeli di dalam kawasan Lembah Klang.

Pembeli boleh menempah barangan dan bungkusan mereka akan dihantar pada hari yang sama.

Bagi penjual dan pembeli yang berada di luar Lembah Klang, perkhidmatan penghantaran ekspress ini akan dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2022.

Berita yang lagi best adalah bagi promosi pelancaran kolaborasi ini yang menawarkan diskaun penghantaran sebanyak RM 12 (RM12 OFF delivery).

Jadinya jom shopping di PG Mall bagi mendapatkan perkhidmatan penghantaran ekspress melalui Grab Express ye.

Boleh layari semua media berikut untuk maklumat lanjut tentang PG Mall:

Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=844

Facebook: https://www.facebook.com/PGMallofficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/pgmall.my/  

Tik Tok: https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/

2 Comments

  1. best kan kalau order dan barang sampai terus pada hari yang sama

    ReplyDelete