Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada peminat buku tidak kisah samada pembaca buku atau pembeli buku tapi tidak tahu bila hendak baca (den la ni), mohon singgah sebentar di beberapa lot kedai buku (atau lebih tepat lot gudang kecil penyimpanan buku) yang terdapat di tingkat 1 Pasar Chowrasta, Georgetown seandainya korang ada program jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang.

Dalam masa tidak sampai 1 jam den menghabiskan masa di sini den telah membeli belah buku yang merabakkan dompet dengan sangat mengerikan dan menyebabkan luggage bag yang berisi pakaian menjadi tempat simpanan buku. Sudahnya pakaian den terpaksa disumbatkan di beg kecil yang lain huhuhuhuhu.

Mengikut maklumat yang den baca berkaitan kedai buku di Pasar Chowrasta ini kebanyakannya berkongsikan maklumat tentang second hand books yang boleh diperoleh di sini dengan harga yang bisa menggongcang jiwa (harga murah) tetapi semasa den pergi, den tidak berjumpa dengan second hand books, semuanya buku-buku baru yang den temui di kedai-kedai yang den pergi.

Mungkin:

1. kedai-kedai buku yang menjual buku second hand tidak beroperasi pada hari tersebut sebab ada beberapa kedai buku yang tidak dibuka pada masa den pergi;

2. second hand books telah habis terjual; dan

3. ada je second hand books dekat setiap kedai cuma den yang tidak jumpa (disebabkan terkesima tengok banyak sangat buku tetapi masa sangat terhad untuk browse, makanya den terlupa hendak tanya setiap kedai yang den singgah samada ada menjual second hand books).

Apa Yang Menarik

Setakat 1 jam den melepak mencari buku di sini, den dapati satu perkara menarik yang ada pada hampir kesemua kedai buku di sini adalah mereka mempunyai koleksi hampir lengkap bagi seseorang penulis.

Contohnya, kalau kita memang sedang melengkapkan koleksi buku karya Stephen King, memang ada satu bundle buku karya Stephen King yang telah diikat bersama. Cuma sediakan aje duit untuk membelinya.

Kepelbagaian Buku

Ada macam-macam buku pelbagai genre di sini. Buku-buku akademik pun ada juga. Majalah termasuk National Geographic pun ada. Buku kraftangan dan resepi pun ada. Novel Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ada dijual cumanya disebabkan den tidak mencari novel Bahasa Melayu, tidak la den tengok bersungguh-sungguh novel-novel Bahasa Melayu yang ada di sini. 

Harga Buku

Kebanyakan harga buku (novel Bahasa Inggeris sebab ini je yang den siasat) adalah murah sedikit kalau hendak dibandingkan dengan harga pasaran. Ada juga buku yang harganya sama sahaja dengan harga buku di kedai-kedai buku terkemuka. Kalau novel Bahasa Inggeris baru biasanya dijual dengan harga RM35 di pasaran, di sini boleh dapat harga RM25. Mungkin mahal sedikit daripada novel Bahasa Inggeris yang dijual di BookXcess yang biasanya pada harga RM17.90 tetapi masih berbaloi kerana tidak semua novel ada di BookXcess dan Big Bad Wolf.

Kalau tanya den, buku yang paling berbaloi dibeli adalah buku di jualan gudang yang memang hendak tutup perniagaan macam Jualan Gudang Utusan pada tahun 2019 dan novel yang dibeli secara lumpsum oleh pekedai buku dan dijual pada harga di bawah RM10/buku.

Tetapi kalau kita hendak baca buku yang baru diterbitkan makanya kena bersedia membayar harga yang tertera pada ketika itu.

Jadinya berbaloi ke tidak shopping buku di kedai-kedai buku di Pasar Chowrasta ini? Pada den, in sya Allah berbaloi kalau kita malas hendak survey di tempat lain dan lagi satu sebab den suka je mana-mana kedai buku pun hehehehehehehe.

Ini confirm second hand book tapi den tak beli sebab den dah ada buku ni sejak 10 tahun lepas rasanya tapi tak baca-baca lagi sebab ayatnya klasik sangat huhuhuhuhu.

Waktu Operasi

Kalau diikutkan maklumat dalam internet, semua kedai buku di sini beroperasi setiap hari dari 10 pagi - 5 petang setiap hari tetapi pada hari Jumaat yang den pergi, mereka hanya buka kedai selepas solat Jumaat. Jadinya kena tengok timing yang betul-betul ngam untuk ke sini supaya kita tidak kecewa dan terbuang masa ye.

In sya Allah satu hari nanti den hendak datang shopping buku lagi di sini, mungkin sorang-sorang sebab hendak spend my own sweet time browsing through all the tittles and authors. Kalau ada kawan kaki buku yang dapat ikut sekali memang pucuk dicita ulam mendatang la kan tapi kalau tiada yang dapat ikut, belasah aje la solo trip ke sini nanti.

Lokasi Pasar Chowrasta https://goo.gl/maps/HDtVkLSbirYZPK6E9

1-33, Jalan Chowrasta, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

2 Comments