Pulau Pangkor sememangnya terkenal dengan pantai dan laut, makanan laut yang segar, pelbagai hasil laut dan lain-lain yang menyebabkan ia menjadi pusat pelancongan yang terkenal di Perak.

Langsung rasa lapar
Jom tengok beberapa tempat menarik yang den sempat melawat semasa den pergi ke Pulau Pangkor baru-baru ini.

Pantai Pasir Bogak

Den berpeluang bercanda di pasiran pantai di Pantai Pasir Bogak yang terletak sepelaung je dari Pangkor Coral Bay Resort, tempat den menginap bagi trip ke Pulau Pangkor pada kali ini. Tak sampai 5 minit berjalan kaki nak ke pantai. 
Sepanjang perjalanan dari Pangkor Coral Bay Resort ke Pantai Pasir Bogak kita akan melalukan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis kuih dan cenderahati. Tak sempat nak makan di satu gerai laksa yang nampak sangat menggoda.

Sementara nak tunggu sunset, sempat kitaorang makan ABC di satu gerai yang betul-betul sepelaung dari pantai.
Pantai Pasir Bogak mungkin tidak semeriah Pantai Teluk Nipah tetapi bagi tetap pantai sepanjang lebih kurang 1.3 km ini meriah dengan aktiviti berkelah, mandi-manda, sukan air dan memancing.
 
Seronok je la dapat mandi laut di sini tapi disebabkan tak pakai baju yang sesuai untuk mandi-manda, den dan kawan-kawan melepak di tepi pantai sambil tengok sunset.
Sunset di mana-mana pantai tak pernah tak cantik kan?

Kota Belanda

Walaupun Kota Belanda ini comel sangat tapi ia merupakan tempat yang boleh kategorikan sebagai lokasi wajib lawat kalau korang ke Pulau Pangkor kerana nilai sejarahnya dan banyak instagrammable spots.
Gambar dari Max Lim tidak pernah mengecewakan
Kota Belanda atau Dutch Fort atau Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor ini telah dibina semula Jabatan Muzium Malaysia pada 1973 dan diwartakan sebagai tapak warisan merupakan kubu peninggalan Belanda yang mempunyai 2 tujuan pada tahun 1670 iaitu penyimpanan bijih timah dan menghalang pihak Inggeris dan Acheh daripada merampas Pulau Pangkor. 
Tiba-tiba kaki den nampak panjang macam Gisele Bunchen
Fu Lin Kong Temple

Kalau tabung ayam lambat lagi nak penuh untuk melawat Tembok Besar China yang terletak di Beijing, China, korang boleh melawat replika mini Tembok Besar China yang terdapat di Fu Lin Kong Temple, Pulau Pangkor yang merupakan tokong bagi penganut Taoist.
Kalau korang malas nak memanjat sampai ke atas, korang boleh mengambil gambar di sekitar tokong ni sebab memang banyak spots menarik untuk diabadikan sebagai kenangan.
Laksa Mee Pangkor - Kedai Makan Mak Ngah

Kalau Pulau Langkawi terkenal dengan Laksa Ikan Sekoq, Pulau Pangkor pula dikenali dengan Laksa Mee Pangkor.

Kalau datang ke Pulau Pangkor tapi tak makan Laksa Mee Pangkor macam tak lengkap sesi berjimbaan gitu.

Antara kedai yang menyajikan Laksa Mee Pangkor adalah Kedai Makan Mak Ngah.
Laksa Mee Pangkor ni boleh den katakan makanan sihat sebab ianya simple sangat.
Kalau korang tak nak makan Laksa Mee Pangkor Laksa Mee Pangkor, boleh je pesan menu lain k.
Rezeki kitaorang masa tengah melepak makan Laksa Mee Pangkor, ada burung enggang singgah berteduh sekejap di kedai tu. 
Pulau Bebas Cukai

Tarikan terbaru di Pulau Pangkor adalah ianya telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai bermula 1 Januari 2020.
Jadinya boleh borong coklat, minyak wangi, pinggan mangkuk, etc.

Sediakan duit secukupnya ye sebab pastinya akan rambang mata hehhehehee.
Pulau Pangkor ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati selain tempat-tempat yang den ceritakan di atas. In sya Allah kalau den berjalan-jalan lagi ke Pulau Pangkor, den update ye.

Till then jom melawat Pulau Pangkor.

2 Comments

  1. Wah! Menarik dah sekarang pulau pangkor ni.. kat kota belanda tu pun dah colorful... lama tak pergi.. so kena repeat balik gamaknya ni.. hehheehe.. pangkor antara tempat yang best repeat banyak kali selain dr langkawi.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. wah wah tatau ada Duty Free tu.. best tu borong coklat. tapi last pergi sana pun tahun 2016 keke few years ago.

    ReplyDelete