Pacifica melancarkan dua inovasi terbaru mereka dari Foodsmith Series iaitu The Forge dan The Vortex yang berteknologi pintar dengan rekabentuk yang inovatif. Direka bagi merevitalisasikan masakan harian di rumah, perkakas ini dapat membawa pendekatan masakan moden dan gourmet kepada masakan harian ke seluruh rumah di Malaysia.
Menggabungkan ciri-ciri pintar seperti memasak pratetap, pembersihan keseluruhan automatic, bantuan panduan suara dan banyak lagi, perkakas pintar ini yang diilhamkan daripada ciptaan Jepun dan disesuaikan bagi penyediaan masakan Malaysia dapat meredakan usaha yang diperlukan untuk menyediakan makanan berkhasiat dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk memasak pelbagai makanan berkhasiat dan sihat. 

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kedua-dua perkakas revolusi pintar ini di pasaran. Masa adalah komoditi yang amat bernilai terutamanya untuk golongan professional yang bekerja. Perkakas ini dapat membantu menjimatkan masa dan usaha tanpa kompromi manfaat makanan berkhasiat yang dimasak di rumah selepas seharian bekerja. Ia adalah perkakas yang sempurna untuk setiap dapur di rumah, terutama bagi mereka yang merasa sukar untuk memasak dan membersih. Ini adalah penyelesaian yang amat cekap untuk keluarga moden,”kata Encik John Thi, Pengurus Besar Pacifica.
The Forge dilengkapi Superior Steam Extraction Technology yang membolehkan masakan dari setiap sudut dalam periuk yang dimeteraikan, keluli tahan karat, tidak bersalut dan tidak melekat. Sistem memasak teratur ini meningkatkan perisa umami dan asid amino manis dalam makanan, sekaligus menambah rasa dalam penyediaan makanan gourmet dari keselesaan rumah anda sendiri.
Pengguna boleh menikmati pengalaman memasak dengan pelbagai ramuan yang merangkumi ikan hingga ayam, makanan laut ke nasi, sayur-sayuran dan banyak lagi. The Forge juga dilengkapi dengan fungsi pensterilan unik yang menyingkirkan sehingga 99% bakteria, yang selamat digunakan untuk pensterilan botol bayi, peralatan makanan dan juga barangan kaca.
The Vortex pula dilengkapi dengan sistem Double Track Heating yang direka untuk memanaskan kandungannya sambil mengekalkan nilai nutrisi pemakanan dan perisa maksimum. Sistem Independent Suspension Muting System juga mengurangkan bunyi seperti ke tahap cerek elektrik mendidih, menjadikannya salah satu daripada perkakas eletrik yang paling senyap di pasaran. Pengguna boleh menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk kopi, jus, smoothie, susu soya dan lebih banyak dengan pengisar kelajuan tinggi yang menghasilkan tekstur milo halus, perkakas utama untuk membuat pelbagai jenis minuman.
Demo masakan menggunakan The Forge dan The Vortex
Rekabentuk inovatif dicipta untuk kemudahan, kecekapan dan mesra pengguna. Fungsi periuk bagi The Forge boleh ditukar ganti dan digunakan sebagai penghidang yang dapat mengurangkan masa pembersihan selepas makan. The Vortex dilengkapi dengan bahagian penutup lutsinar bagi pengguna melihat ke dalam dan menyaksikan proses minuman kegemaran mereka disediakan, bersama dengan fungsi pembersihan automatic yang beroperasi serta merta selepas minuman atau pencuci mulut disediakan.
Harga promosi bagi kedua-dua produk
“Pacifica bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan seisi rumah Malaysia dengan menyediakan perkakas memasak inovatif di setiap dapur yang memerlukan penyelesaian masakan harian mereka. Kami ingin memberi peluang kepada keluarga untuk menikmati masakan gourmet dari dapur mereka sendiri. The Vortex dan The Forge dapat melakukan ini, dan kami berharap semua rakyat Malaysia dapat mencuba perkakas ini di pameran-pameran yang akan datang,”tambah John.
Mushroom soup
Puree labu
Pacifica merupakan pakar dalam peralatan dapur seperti hud dapur, hob dapur, ketuhar, ketuhar gelombang mikro dan ketuhar wap. Memberi keutamaan pada teknologi, rekabentuk inovasi dan prestasi sebagai factor utama, Pacifica mensasarkan untuk membawa produk luar biasa yang praktikal, bergaya dan berorientasikan keluarga ke pasaran Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut tentang Pacifica dan produk lain, sila layari www.pacifica.my

0 Comments