Ayam Brand Melancarkan Santan Super Light, Kini 75% Kurang Lemak!

15:29
Ayam BrandTM Santan Super Light baru dengan 75% kurang lemak tanpa berkompromi daripada segi rasa dan aroma. Produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli. Santan juga bebas kolesterol.
Dibuat Mengikut Citarasa Malaysia - Ringan dan Bebas Kolesterol

Ayam BrandTM Santan Super Light adalah bebas kolesterol dan menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi tetapi masih ingin menikmati makanan warisan tradisi.
Mr Nathan Deverre
“Santan adalah satu bahan utama dalam hidangan rakyat Malaysia dan mereka sangat sukakan makanan yang enak. Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya adalah Ayam BrandTM Santan Super Light yang mengandungi kurang lemak di samping mengekalkan rasa dan aroma yang sama, tanpa kolesterol,”kata Pengurus Pemasaran Ayam BrandTM, Encik Nathan Deverre.

Beliau menjelaskan bahawa jenama Ayam BrandTM mengutamakan kesihatan  dan makanan yang baik dengan menawarkan ramuan lebih sihat.

“Makanan Ayam BrandTM yang sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan MSG merupakan sebahagian daripada identiti kami. Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baru. Di sinilah Ayam BrandTM Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global,”jelasnya.

Menghargai Kelapa, Makanan Superfood

Pakar Nutrisi, Cik Shermin Low dari MyKenZen, sebuah syarikat perunding nutrisi turut hadir untuk memberi maklumat tentang hubungan antara lemak kelapa dan kesihatan.
Beliau menyarankan untuk memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana di dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya, pada masa yang sama dapat menikmati hidangan yang enak.

“Produk seperti Ayam BrandTM Santan Super Light dapat memberi pilihan kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup tanpa perlu berkompromi dengan keenakan hidangan mereka,”jelas beliau.

Aroma dan Rasa Asli, Kini Lebih Ringan

Chef Syafiq Othman menyediakan dua hidangan makanan iaitu Gulai Mackerel dan Matcha Santan Boba Tea menggunakan Ayam BrandTM Santan Super Light kepada semua pengunjung yang menghadiri majlis pelancaran Ayam BrandTM Santan Super Light di Giant Bandar Kinrara, Puchong.
Chef demo Gulai Mackerel
Matcha Santan Boba Tea
Terdapat hidangan warisan lain yang dimasak oleh Chef yang menggunakan Ayam BrandTM Santan Super Light dan dipamerkan semasa perasmian iaitu Bingka Labu, Lawa Terung dan Seafood Laksa Spaghetti.
“Inovasi seperti Ayam BrandTM Santan Super Light boleh membantu mengekalkan hidangan tradisional kita di kala rakyat yang semakin prihatin dengan tahap kesihatan mereka. Ayam BrandTM Santan Super Light dapat ‘meringankan’ hidangan tanpa mengorbankan aspek rasa, tekstur dan aromanya,”ujar beliau.

Resepi Chef Syafiq Othman yang menggunakan Ayam BrandTM Santan Super Light boleh didapati di www.ayambrand.com.my
Ayam BrandTM Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pek 330 ml (lebih kurang 1 biji kelapa) yang lebih bersih dan mudah. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Selepas dibuka boleh masukkan di dalam peti sejuk dan ianya perlu dihabiskan dalam tempoh 3 hari selepas dibuka.
Harga runcit Ayam BrandTM Santan Super Light (330 ml) adalah RM3.10 dan sempena promosi sehingga 31 Oktober 2019, kita boleh dapatkannya dengan harga promosi RM2.95 sekotak di cawangan pasaraya Giant. Rangkaian lengkap produk Ayam BrandTM boleh diperolehi di pasaraya di seluruh Negara.
Sesi soal jawab yang santai
Kiosk nasi lemak dan sago gula melaka yang dimasak menggunakan Ayam Brand Santan Super Light
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari:



1 comment:

  1. hihi boleh rasa macam tengah diet sket kalo guna santan baru ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.