Sheikh Misyari Rasyid AlAfasy Live in Malaysia - Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran, PWTC, 26 September 2019

First time den dengar Sheikh Misyari Rasyid AlAfasy baca surah Al-Mulk 5,6 tahun lepas, den terus jatuh berkenan teruk dengan suara dia.

Memang ramai legends lain macam Sheikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais, Abdul-Basit Abdus-Samad, Saad Al Ghamidi dan Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim (sumber: musliminc.com) tapi tak tau kenapa suara nan satu ni extra menusuk kalbu. 

Masa den pernah tengok youtube Sheikh AlAfasy imamkan solat di Mekah ke Madinah, terdetik kat hati den 'kalau dapat solat jemaah dengan AlAfasy sure best.' 

Alhamdulillah rezeki den dapat solat Isyak yang dipimpin oleh AlAfasy di dalam majlis Sheikh Misyari Rasyid AlAfasy Live in Malaysia - Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran di PWTC semalam.
Bila kebanyakan orang cakap depa suka Surah Ar-Rahman recital oleh Sheikh AlAfasy, den dok tertanya-tanya kat hati 'eh best daripada surah Al-Mulk ke bacaannya'. 

Benarlah sebagaimana ayat 'maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan' yang diulang sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman sebab dalam 1 majlis, Allah makbulkan sekaligus 3 rasa isi den iaitu:

1. Berada dalam 1 majlis bersama Sheikh AlAfasy. 

2. Solat diimamkan oleh Sheikh AlAfasy. 

3. Bacaan surah Ar-Rahman live oleh Sheikh AlAfasy. 

Allah bagi extra lagi iaitu Tahsin surah Al-Fatihah dan 3 Qul bersama Sheikh AlAfasy. 
Kalau nak diikutkan den tak tau pun Sheikh AlAfasy nak datang Malaysia. Alih-alih terbaca 1 whatsapp pasal majlis ni dalam whatsapp group yang den jarang amik kisah pun. Dah la organizer Mahabbah Malaysia pun den tak pernah tau kewujudannya. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pemberi Rezeki. Digerakkan hati den untuk buka whatsapp tuh dan seterusnya membeli tiket event ni.  

Sayang sungguh Allah kat den. Walaupun den dok lagho dengan macam-macam hal, Allah kabulkan juga bucketlist den pasal Sheikh AlAfasy ni. 

Tinggal 1 bucketlist den berkaitan Sheikh AlAfasy ni iaitu bacaan surah Al-Mulk live oleh beliau. In sya Allah semoga Allah kabulkan doa den yang satu ini di masa akan datang. 
Masa solat Isyak tuh, macam tak terasa panjangnya surah yang Sheikh AlAfasy baca sebab merdu dan lunak naw suaranya. Kalau beliau baca Surah Al-Kahfi pun agaknya mungkin tak perasan juga panjangnya surah tu. Tapi kalau baca surah Al-Baqarah, memang mati kejung la den sebab surah tuh paling panjang kot hehehhehehee

Live Quran recital oleh Sheikh AlAfasy memang superb. Menusuk kalbu dan menjadi halwa telinga yang sangat best. Kena plak dengan sound system yang mantop. Memang meletops. 
Den ada rekodkan bacaan Sheikh AlAfasy masa event tapi of course tak sama dengan live version. Jauh beza sungguh. Ke telefon den ni kodi. 

Den lone ranger je pergi majlis ni. Sempat berkenalan dengan puan yang datang dari Jakarta just to joint the program. Dia cakap dia dah booking everything baru dapat tau yang Syeikh AlAfasy nak datang Jakarta. Dia kata in sya Allah dia akan joint juga program di Jakarta nanti. 

Program Syeikh AlAfasy di Jakarta adalah percuma ye sebab samada Kerajaan Indonesia atau penaja nak bagi peluang ramai rakyatnya joint program tuh. Untungnya rakyat Indonesia sebab ada mereka yang prihatin camtuh.

Semuanya best tentang program ni. Details tentang full program in sya Allahden akan cerita dalam post yang akan datang nanti ye sebab ada aktiviti lain juga selain slot bersama Syeikh AlAfasy. 

Korang boleh tengok program Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran termasuk slot bersama Syeikh AlAfasy di 


 
Den buat post khas pasal slot bersama Syeikh AlAfasy sebab den super happy Allah izinkan den bersama-sama dalam majlis Syeikh AlAfasy walaupun den adalah terpleot dan lagho di sana sini. 

Yang mencabarnya dalam program Getaran Hijrah Malam Cintakan AlQuran tuh adalah nak menjaga wuduk dari 6.30 pm sampai solat Isyak sebab den malas nak keluar dari dewan hehehehehehe.

In sya Allah Syeikh AlAfasy akan berada di Malaysia lagi 4 hari. Another program will be at Brainy Bunch Cyberjaya.

2 comments:

  1. sedap dan merdu bacaan Al-Qurannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lunak dan menyentuh hati. My favourite Qari setakat ni.

      Delete

Powered by Blogger.