Hotel Liner, Taiping, Perak

Hotel ni menurut staff di situ setakat ni tak dimasukkan dalam Agoda.

Kitaorang walk in je ke hotel ni sebab bila kepala dah weng sampai Taiping pukul 1230 tengah malam makanya kita redah je hotel apa yang tak nampak spooky yang kitaorang mula-mula terjumpa bila jejak ke Taiping gitu.
Alhamdulillah walaupun kitaorang walk in je ke hotel ni, ianya merupakan hotel yang memang sangat okay dan telah beroperasi lebih kurang 5 tahun. Walaupun persekitarannya macam ala-ala kelam sikit (sebab kitaorang sampai pun tengah malam buta kan) tapi memang hotel ni just nice je.

Lobinya comel je tapi lengkap dengan sofa dan televisyen.
Hotel dilengkapi dengan lif so sesuai untuk semua ye.
Untuk bilik katil Queen dengan bayaran RM98, kitaorang dapat free breakfast for two.
Biliknya memang serba lengkap untuk sebuah hotel bajet siap ada peti besi lagi.

Bilik sederhana besar, kemas dan bersih.

Katil dengan tilam dan bantal empuk memang mengundang untuk terlajak tidur.
Siaran televisyen ada Fox Movie ke apa. Sure memang best nak layan sementara nak tidur.
Ada disediakan 2 botol drinking water, cerek, etc.
Cuma tiada peti sejuk je kat bilik ni.

Seterika dan iron board diletakkan di ruang guna sama.
Bilik air memang okay. Pressure air cun.
Cuma bilik air kitaorang kuncinya rosak. Lepas den mandi dah tak boleh nak buka pintu. Jenuh la buong mengkodek-kodek kuncinya tapi tak menjadi. Dah la sebelum mandi tuh den tengok movie hantu kat bilik tuh. Dan yang mengerikan hantunya tuh ada dalam bilik air. Langsung la den berdebar sementara nak tunggu maintenance guy dapat buka kunci pintu bilik air tuh. Dalam setengah jam juga la terperangkap dalam bilik air tuh hehehehee.

First time dalam hidup den terkunci dalam bilik air hotel. Tercopot sebentar jantung hehehehhee.

Selain adegan terperangkap dalam bilik air tuh, den memang rasa hotel ni sangat okay.

Breakfast memang sempoi macam kat kedai mamak. Ada nasi lemak, 2 jenis cereals, tosei, etc. Untuk kiddos tak dikenakan bayaran walaupun sepatutnya sorang perlu bayar RM10. Makanannya okay je macam kat kedai mamak tuh ha cumanya café ni diuruskan oleh Indian (as owner hotel ni adalah Indian).
So kalau tak selesa boleh je la cari breakfast di luar ye.

4 comments:

  1. Not bad hotel dia. Nampak kemas dan cantik. Harga pun affordable.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara hotel bajet yang paling okay yang ksarie pernah menginap

      Delete

Powered by Blogger.