E-Red Hotel, Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Disebabkan kitaorang ada urusan di Perda, makanya kitaorang menginap la di hotel yang terdekat serta paling murah yang ditemui di Agoda.
Surprisingly hotelnya memang superb. Den boleh katakan hotel ni harga budget hotel tapi kemudahan macam hotel yang ada bintang-bintang gitu.

Lobi dan ruang menunggu memang cam hotel orang ado-ado hehehehe. Seronok kalau melepak kat ruang menunggu bergossipan sebab cosy je.
Bilik hotel memang kemas, bersih dan selesa.

Sederhana besar untuk 2 katil single.
Semua kemudahan yang biasa ditemui di hotel bajet ada di sini.
Yang paling comel adalah peti besi dan peti sejuknya.
Siaran televisyen yang biasa.
Extra point untuk extra pillows yang memang tersedia dalam bilik.
Bilik air simple yet complete semuanya.
Disediakan kemudahan lif.

Sebelah hotel adalah restoran tom yam dan western. So memang macam pucuk dicita ulam mendatang gitu sebab kitaorang tak larat nak bergerak cari makan jauh-jauh sebab kepenatan melampau.

A nice hotel with affordable price.

4 comments:

  1. sama la...abe kie jika melancong cuma mampu sewa hotel bajet cam ni je. janji ada tempat nak tdo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi hotel bajet sekarang pun dah banyak yang best kan abam kie

      Delete
  2. Lengkap serba serbi hotel ni ye. Kemas dan simple je deco dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara hotel bajet terbaik yang ksarie pernah menginap

      Delete

Powered by Blogger.