Urban Street Dining, AmCorp Mall, Petaling Jaya

Semalam lepas menziarah sahabat yang didiagnosis kanser di rumahnya di Petaling Jaya, kitaorang lajak le terus ke AmCorp Mall sebab nak singgah ke Popular untuk beli A4 paper.
Sampai je kat tempat letak kereta AmCorp Mall tuh dah pukul 7 pm, ternampak plak deretan food trucks yang berada di tapak Urban Street Dining di bawah landasan LRT dan pencawang elektrik TNB tuh, makanya moh je la kita makan kat situ.
Ada lebih kurang 10 buah food trucks yang ada di situ tapi disebabkan den dah lapar bebenar, den sempat ambil sekupang dua je gambar kat situ.
Ada food truck western dan makanan Melayu dengan 2 food trucks menjual minuman.
Kitaorang makan bihun sup (RM 7), 5 sate daging dan 10 sate ayam + 2 nasi himpit (RM 17.50), nasi ayam penyet (RM 10), nachos + cheese (RM 9) dan 2 air ice lemon tea Thailand (RM 10). Nih pun haram sekeping gambar tak sempat ambil sebab dah kalut nak berbuka puasa hhehehehehee.
Semua makanan ada rasa terutamanya sate tuh. Dari segi harga buong kata macam tuh la harga bandar. Tak murah tapi tak terlalu mahal.
Masa kitaorang makan tuh, takde plak terasa ada nyamuk ke apa.
Untuk kitaorang satu keluarga santai je makan kat sini sebab di samping menjamu selera, budak-budak excited dok tengok LRT lalu lalang.
Lepas berbuka puasa atau dinner kat sini, korang boleh je solat Maghrib di surau yang terdapat di AmCorp Mall. Suraunya pun bersih dan selesa.
So kalau korang berjalan-jalan kat AmCorp Mall, boleh singgah makan kat sini.

2 comments:

  1. Menarik ni... harga food truck memang ala2 camtu g mana2 pun kak sarie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam mana kan sebab harga bahan mentah sekarang nih pun memang boleh tahan mengerikan

      Delete

Powered by Blogger.