Pesta Sayap 2018 Kuala Selangor, 20 - 21 Oktober 2018, 8.00 Pagi - 6.00 Petang, Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park), Selangor

11:28
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama pula den tak update ye. So sebelum den sempat mengarang panjang cerita macam-macam, den kongsikan dulu satu pesta yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini ye.

Nih bukan pesta muda mudi ye. Nih pesta berkaitan burung dan alam semulajadi.
Pesta Sayap nih merupakan pesta tahunan yang dianjurkan sejak 11 tahun lepas oleh Majlis Daerah Kuala Selangor, Malaysian Nature Society (MNS) dengan kerjasama pelbagai agensi, swasta dan komuniti bagi bersama-sama menyebarkan maklumat tentang kepentingan tanah lembap (wetland) dan perpindahan burung (bird migratory).

Saban tahun, Pesta Sayap memang akan diadakan di tempat yang sama iaitu Taman Alam Kuala Selangor (Kuala Selangor Nature Park) selaras dengan hasrat penganjur bagi mempromosikan tempat ini sebagai potensi untuk dijadikan tapak Ramsar. 

Tapak Ramsar atau Ramsar site adalah kawasan tanah lembap yang dikategorikan mempunyai kepentingan antarabangsa di bawah Ramsar Convention. Rasanya dah quite some time Taman Alam Kuala Selangor diharapkan dapat tersenarai sebagai tapak Ramsar tapi belum ada rezeki lagi nampaknya. Setakat ini, terdapat 7 tempat di Malaysia yang telah mendapat status Ramsar site.

Antara objektif utama Pesta Sayap adalah memberikan kesedaran awam kepada semua tentang kepentingan perpindahan burung serta habitat mereka di tanah lembap.

Tema Pesta Sayap 2018 yang akan berlangsung seperti maklumat di dalam tajuk post ini adalah “Welcoming the birds” - Unifying our voices for bird conservation”.

Ada pelbagai aktiviti yang disediakan di Pesta Sayap 2018 ini termasuklah bird watching, mangrove dan nature walk, mangrove seddling, ada pelbagai booth pameran dan jualan, talk on nature programs, face painting, etc.

So sesiapa yang berkelapangan atau yang memang duduk dekat Kuala Selangor, bolehlah datang bersama keluarga ke Pesta Sayap nih k.

Taman Alam Kuala Selangor nih terletak betul-betul sebelah Bukit Melawati. So kalau bawa anak-anak ke sini memang boleh singgah bawa diaorang naik tram tengok monyet plak di Bukit Melawati k. It will be a great day for the kiddos. Let them run wild outdoor and experience the nature.

Jom kita ke Pesta Sayap.

No comments:

Powered by Blogger.