Inventori Koleksi Buku Part 1

11:43
Dah hampir 20 puluh tahun den dok mengumpul buku dengan jayanya, tidak pernah terfikir langsung nak buat inventori buku tapi disebabkan makin lama makin banyak pula buku yang dibeli, makanya nak tak nak kena la juga buat simple inventory untuk semua buku yang den ada sebab:

1) nak asingkan buku yang dah baca, buku yang mungkin akan dibaca, buku yang akan diulang baca, etc;

2) mengurangkan kebarangkalian buku-buku yang tak jumpa jalan pulang setelah dipinjam oleh kawan-kawan (oiii siapa pinjam Harry Potter series den sampai sudah tak pulang nih ha); 

3) elakkan terbeli buku yang sama huhuhuhu (dah ada lebih 6,7 buah buku yang sama yang den ada 2 copies huhuhuhu); dan

4) dah lost track tajuk buku-buku yang didermakan.

So almost setengah hari pada Sabtu lepas, den dengan dibantu oleh buong sambil dikacau ganggu oleh kiddos, berusaha gigih membuat inventori dan penyusunan semula buku-buku di dalam rak buku yang dah tak beberapa nak muat tuh huhuhuhuhu.
Finally siap juga inventori buku part 1 sebab nih kisah buku-buku di rumah je. Tidak termasuk lagi inventori buku-buku:

1) di laci dan almari ofis;

2) di dalam kotak yang dah terbuka tapi tidak dikeluarkan buku-bukunya;

2) di dalam kotak yang belum dibuka; dan

3) yang akan dipos pada minggu ini oleh 3 penjual.

Damn.

Wish me luck yar.

4 comments:

  1. nampaknya abe kie pun kena susun n asingkan buku2 lama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau ada buku-buku yang nak di let go, jangan lupa war-warkan kat blog ye

      Delete
  2. wow. byk nyer. memang kena buat inventori :)
    aida x brape byk buku. more to buku bacaan anak2.
    buku keje byk di ofis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak dah sampai masa kena la buat inventori. Anak-anak sarie setakat nih tak minat sangat buku. Diaorang dok sakan jadi dinosaur dan ultraman huhuhuhu

      Delete

Powered by Blogger.