Selepas selesai je sesi menaiki sampan buluh menerusi gua-gua kecil, kitaorang meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal untuk ke perhentian terakhir di dalam Ha Long Bay day trip iaitu ke Dong Tien Cun Cave untuk sesi mendaki gua batu kapur. 
Sejak-sejak kes den terpleot masa nak turun di route hiking ke Kelingking Beach Bali hari tuh, den memang ngeri kalau cerita pasal apa-apa yang berkaitan pasal hiking nih. Memang berdebar bila tengok ada agenda memanjat gua batu kapur nih.
 
Tapi Alhamdulillah, hiking up to the limestone cave nih tidak mengerikan langsung sebab laluannya lebih kurang 70% adalah landai. Laluan yang perlu dipanjat pun adalah okay, pakai selipar jepun pun in sya Allah boleh panjat. 
Sesi hiking di dalam gua batu kapur Dong Tien Cun nih mengambil masa lebih kurang 1 jam .

Sepanjang perjalanan di dalam gua batu kapur nih, tour guide akan menceritakan tentang bentuk-bentuk yang boleh ditemui di dalam gua batu kapur nih seperti naga, kuda, penyu, muka orang, ular, etc termasuk sejarah berkaitan dengan gua batu kapur tersebut, etc tapi idok lah kitaorang dengar sangat sebab sakan nak ambil gambar di sana sini hehehehehehe.
Though your double chin is showing...haish
Bentuk obor-obor katanya
Macam kanak-kanak riang padahal dah 40 tahun kot dua-dua mak orang ni
Tempat nih memang cantik untuk bergambar.

Disebabkan tour guide dan ada ahli rombongan dalam bas kitaorang yang rajin menawarkan diri untuk mengambil gambar kitaorang, makanya sakan la kitaorang dok berposing di sana sini.
Semua kapal yang membawa semua pelancong yang nak cave hiking tuh
Stress la gamaknya tour guide nih melayan mengambilkan gambo kitaorang
Di kawasan ini ada juga sebuah kiosk menjual cenderahati tapi kitaorang tak beli la pun.
Disebabkan cave hiking nih dah memang termasuk di dalam agenda Ha Long Bay day trip nih, makanya kita layankan je la ikut serta mendaki di dalam gua batu kapur nih. Kalau nak diikutkan kita pergi sendiri, memang takde harapan la kitaorang nak pergi hehehehehe.

0 Comments