Kitaorang habiskan masa di sini dari 1020 pagi sampai la diaorang announced yang park telah ditutup iaitu pada 6 petang. Sehari suntuk kat sini sebab nak bagi berbaloi dengan harga tiket yang dibayar hehehehehe.

Boleh je beli tiket untuk ke Thomas Town sahaja atau Hello Kitty Town sahaja tapi disebabkan taman tema nih berada di dalam satu bangunan yang sama, berbaloi je la den rasa beli combo ticket untuk kedua-dua taman tema nih sebab tempatnya tak la sebesar mana pun. Lebih jimat juga kalau beli tiket combo ni.


Disebabkan den nak share banyak gambar di setiap tingkat taman tema ni, den akan buat post berdasarkan taman temanya dalam next posts ye.

Den sharekan dulu tips yang den rasa boleh dipertimbangkan sekiranya ada parents yang bercadang hendak membawa kanak-kanak ke sini ye.

1. Semak di laman web Thomas dan Hello Kitty Town nih untuk promosi harga tickets online. Kadang-kadang ada juga promosi bila kita beli tiket secara walk in terutamanya bagi pemegang kad kredit bank-bank tertentu. So kena survey harga tiket yang paling murah k.

2. Hotel yang terdekat dengan Thomas dan Hello Kitty Town ini adalah Jen Hotel tapi harganya agak mahal. Hotel penginapan lain yang terdekat dengan Puteri Harbour dalam 15 minit perjalanan adalah di Gelang Patah.

3. Sila spend masa dari 10 pagi hingga 6.00 petang (sehingga taman tema ditutup) supaya berbaloi dengan harga tiket yang dibayar hehehehhee.

4. Pastikan anak-anak at least berketinggian lebih 90 cm sebab semua permainan kat sini (kecuali bumper car) meletakkan had ketinggian tersebut.
Boleh ukur tinggi depan kaunter tiket tuh
5. Had ketinggian untuk main bumper car adalah sekurang-kurangnya 110 cm.

#Den rasa umur kanak-kanak yang akan enjoy bermain di sini adalah dalam 4 -11 tahun. Lebih dari 11 tahun mereka akan boring sebab tiada permainan mencabar di sini. Kanak-kanak bawah 4 tahun macam kurang enjoy sikit bermain di sini den rasa. Boleh je la bawa budak umur 2 tahun pun ke sini tapi diaorang tak boleh nak main banyak benda. Dah la tiket dia mahal kan. So den rasa paling berbaloi datang bila anak umur 4 - 11 tahun.

6. Boleh letakkan barang berharga di dalam loker yang disediakan bersebelahan kaunter tiket. RM 10 untuk sewa sehari bagi loker kecil.

7. Pakaikan baju yang selesa untuk kanak-kanak bergelinjangan di sini.

8. Setiap tingkat ada mini food court. In sya Allah food yang disediakan mengenyangkan terutamanya di tingkat 3, Thomas Town. Sediakan je la duit nak membayar harga yang boleh buat terbeliak mata tuh hehehehehe.

9. Parents boleh je naik sekali permainan yang ada. Boleh ulang main mana-mana permainan yang ada di sini sampai muntah.

10. Make sure simpan admission tickets ke 5 aktiviti di Hello Kitty Town kerana untuk buat aktiviti ini, kita perlu tunjukkan tiket dan staff akan cop atau stamping tiket tersebut setelah selesai kita menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

11. Ambil jadual persembahan pentas dan sesi ramah mesra bersama patung-patung di kaunter pembelian tiket supaya kita dapat susun masa kita. Ada dua set jadual iaitu pada hari biasa dan hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.

12. Sila ambil peluang untuk tengok semua persembahan pentas yang disediakan di tingkat 1 dan tingkat 2. Semua persembahan dalam Bahasa Inggeris tapi budak-budak enjoy je sebab depa nak tengok character kartun tuh.

Staffs yang buat persembahan memang cemerlang sebab boleh berlakon, menyanyi dan menari. Bukan senang nak tarik perhatian kiddos. Den tengok semua persembahan rasanya tapi ada yang den tak sempat ambil gambar sebab den terpesona tengok persembahan (memang mama dia yang teruja lebih). Ada satu persembahan Hello Kitty tuh penari-penarinya seksi gila k. Den dah terasa macam tengok persembahan kat Las Vegas pulak hehehehehe. Masa persembahan ni, ramai gila ayah-ayah yang terpegun dan tidak berkedip mata hehehehehe.
3 persembahan yang den tengok dan sempat ambil gambar. Persembahan Barney and friends den tak sempat ambil gambar sebab den sakan dok menyanyi sama. Persembahan Hello Kitty dan penari yang seksi tuh tak sempat ambil gambar sebab den sama-sama terpegun tengok keseksian diaorang hehehehehhe

13. Sila sediakan stamina yang tinggi sebab kita memang akan naik turun dari tingkat 1 ke tingkat 3 tuh beberapa kali sebab nak tengok persembahan, anak-anak nak ulang main permainan, etc.

Okay la kot 13 tips ye. 

Tips yang paling penting sebenarnya ialah ibu bapa kena bertabah hati nak menghabiskan masa satu hari suntuk di sini memandangkan taman tema ini memang direka khas untuk kegembiraan kanak-kanak gittew. Ibu bapa memang la akan ada rasa bosan di sini. Maka pasrah aje la ye.

Disebabkan orang tak beberapa ramai walaupun cuti sekolah, makanya kitaorang tak perlu beratur untuk bermain semua permainan dan aktiviti yang ada di setiap tingkat. Tengok persembahan pun boleh dapat tempat duduk yang agak di depan. So memang okay la pengalaman kitaorang kat sini.

0 Comments