YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2018 pada tahun lepas ada menyatakan tentang perkara ini. Semalam melalui media massa juga telah diwar-warkan berita menarik ini.
So apa benda sebenarnya nih?

Apa    : Menabung RM 500 dapat percuma RM 500

Siapa : Kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun.

Bagaimana : Top up caruman dalam SSPN sebanyak RM 500 atau buka akaun SSPN anak dengan jumlah RM 500.

Masa : 1 Januari 2018 - 31 Disember 2018.

Ibu bapa kena cepat-cepat menambah caruman akaun SSPN anak sedia ada sebanyak RM 500 atau bagi anak yang masih tiada akaun SSPN, mak ayah kena buka akaun dengan nilai pertama pelaburan RM 500 bagi merebut peluang mendapat ganjaran RM 500 percuma daripada Kerajaan sebab hanya 500,000 orang pencarum yang pertama je yang dapat manfaat ini.

Bagi kanak-kanak yang masih belum mempunyai akaun SSPN, ibu bapa boleh membuat akaun SSPN melalui online atau kaunter PTPTN atau di bank-bank terpilih iaitu Maybank, Bank Islam, AgrobankBank Rakyat dan RHB Bank.

Kerajaan dah sediakan peruntukan RM 250 juta bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan ibu bapa menabung untuk anak-anak.

Tak kisah la gula-gula pilihanraya ke apa tapi yang pasti ini adalah salah satu insentif yang sangat menarik untuk menambah pelaburan untuk masa depan anak-anak.

Selepas kita tambah caruman RM 500 atau buka akaun SSPN anak dengan nilai RM 500, kita tunggu sahaja ye sehingga RM 500 percuma dimasukkan secara terus ke dalam akaun SSPN anak-anak kita pada tarikh yang telah ditetapkan.

RM 500 percuma yang diberikan oleh Kerajaan ini tidak boleh dikeluarkan sehingga anak-anak berusia 18 tahun. Nama pun pelaburan untuk menyambung pengajian bila diaorang dah lepas SPM kan. Memang la Kerajaan simpan insentif RM 500 percuma nih sampai anak-anak kita berusia 18 tahun. Ala-ala paksa melabur camtuh la kan. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Simpan RM 500 Percuma RM 500 nih, boleh hubungi careline PTPTN di 03-21933000 atau tengok website mereka di SINI

Di samping kita nak merebut peluang RM 500 percuma nih, sebarang caruman kita di dalam SSPN nih juga adalah antara salah satu insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM 6,000 setahun.

Jom kita ambil peluang nih ye. Semoga anak-anak kita termasuk di dalam golongan 500,000 orang yang mendapat insentif RM 500 percuma nih ye.

2 Comments

  1. Info untuk admin, Untuk pembukaan akaun, boleh cuba link ini: https://bit.ly/sspniplusonline_ptptn

    ReplyDelete