Day 7 - sewa motor - Pasar Seni Sukawati - Tegenungan Waterfall - Bali Zoo (singgah je tak masuk pun) - Ladang Gemitir (marigold) di Temukus - Candidasa Beach - Melasti/Unggasan Beach - Jimbaran Beach.

Lepas breakfast sampai nak pengsan kat hotel, kitaorang terus keluar berjalan-jalan dengan sapeda motor yang disewa melalui guard hotel Grand Mega Spa & Resort tuh.

Mula-mula kitaorang pergi ke Pasar Seni Sukawati. Dalam 45 minit lebih juga perjalanan ke sini. Masa kitaorang sampai ke Pasar Seni Sukawati nih, pasarnya baru dibuka. Kitaorang berjalan tengok barang-barang jualan kat sini. Antara barang-barang jualan yang ada adalah pakaian, cenderahati dan lukisan. Den beli baju tshirts untuk buong dan kaftan untuk diri den. Ada je 2, 3 lukisan yang den macam terberminat di sini tapi tak tertanya harga pula. Langsungnya memang tak terbeli la kan. Dah balik Malaysia baru macam terkilan kenapa tak beli at least satu lukisan kan sebab ramai orang kata lukisan kat Bali nih harganya mampu milik. Haish….macam nak kena repeat lagi Bali nih sebab nak beli lukisan hehhehhehehehe.

Lepas berjalan-jalan dalam setengah jam di Pasar Seni Sukawati, kitaorang terus ke Tegenungan Waterfall yang terletak lebih kurang 3 km dari Pasar Seni Sukawati tuh. Tegenungan Waterfall nih adalah touristy area. So memang penuh dengan pelancong. Akan cerita pasal tempat nih dalam entry lain ye.

Seterusnya selepas berpenat lelah naik turun tangga di Tegenungan Waterfall, kitaorang pergi ke Bali Zoo sebab member den kata boleh makan tengahari kat sini sambil tengok gajah ke harimau (den dah terlupa) tanpa perlu bayar tiket masuk. Alih-alih bila sampai kat Bali Zoo tuh, pekerja kat situ maklumkan tetap kena beli tiket masuk untuk lunch bersama haiwan tuh. Ape jadahnya kalau dah beli tiket tapi tak melawat zoo tuh kan? Makanya kitaorang terus la beredar dari sini sebab apa jadahnya nak tengok binatang kat zoo tak pasal-pasal. Den pergi zoo kat Malaysia selama nih pun disebabkan melayankan budak-budak tuh. Kalau tak kerana kiddos, tak kuasa la nak pergi zoo. Makanya agenda ke Bali Zoo nih sekadar persinggahan yang tidak mendatangkan hasil la camtuh.

Dari Bali Zoo, kitaorang naik sapeda motor naik turun bukit bukau dengan sebahagian jalan yang agak ngeri untuk tengok ladang bunga marigold (gemitir) di Temukus (kalau tak salah nama tempatnya la). Jauh k perjalanannya dalam 1 jam 45 minit. Walaupun perjalanan tidak sengeri semasa perjalanan di Nusa Penida tapi tetap sedikit ngeri juga sebab naik turun bukit di sini. Akan share gambar di ladang gemitir kengdian ye.

Lepas mengambil gambar sekupang dua di ladang bunga gemitir, kitaorang meneruskan perjalanan selama 1 jam ke Candidasa Beach. Lepak dalam 30 minit kat sini sambil minum teh botol melepaskan lelah sebelum meneruskan perjalanan terjauh pada hari ini iaitu sejauh 77.7 km ke Melasti @ Unggasan Beach yang bersebelahan dengan Pandawa Beach.

Lepas melepak selama 1 jam di Melasti @ Unggasan Beach, kitaorang bergerak ke Jimbaran Beach sejauh 13 km untuk makan dinner seafood di atas pasir pantai sambil melepak menengok matahari terbenam. Ramai betul orang makan dinner kat sini. Kitaorang ambil set yang paling kecil je tetapi tetap tak habis makan sebab banyak makanannya.

Lepas kekenyangan, kitaorang berjalan sekejap di Pantai Kuta sebelum balik ke hotel dan tidur pengsan sebab kepenatan.

Kesimpulan perjalanan untuk hari ini adalah:

Grand Mega Spa & Resort - Pasar Seni Sukawati : 45 minit (24.7 km)

Pasar Seni Sukawati - Tegenungan Waterfall : 8 minit (3.1 km)

Tegenungan Waterfall - Bali Zoo : 15 minit (7.2 km)

Bali Zoo  - Ladang Gemitir : 1 jam 45 minit (54.1 km)

Ladang Gemitir (marigold) di Temukus - Candidasa Beach : 1 jam (26.8 km)

Candidasa Beach - Melasti/Unggasan Beach : 2 jam 9 minit (77.7 km)

Melasti/Unggasan Beach - Jimbaran Beach : 30 minit (13 km)

Jimbaran Beach - Kuta Beach : 24 minit (8.4 km)

Kuta Beach - Grand Mega Spa & Resort : 18 minit (5.3 km)

Berdasarkan google map (tidak termasuk tersalah jalan, berpusing balik, etc) masa yang diambil untuk semua perjalanan pada hari ini adalah lebih kurang 7 jam 14 minit bagi jarak 220.3 km.

By the time sampai je hotel, memang sakit bontot sebab lama gila berada di atas sapeda motor. Yang membuatkan ianya adalah sedikit okay daripada perjalanan di Nusa Penida adalah jalan di mainland Bali nih adalah bertar elok. Cuma semasa perjalanan naik turun bukit ke ladang bunga gemitir yang jalannya agak ngeri (sipi-sipi seperti jalan di Nusa Penida).

0 Comments