Petang semalam masa dok melepak kat rumah dalam pukul 620 petang camtuh tiba-tiba buong kata jom la tengok wayang sebab macam boring pulak duduk rumah (macam mana la kan duit tak banyak habis hehehehhehe). Den cakap ada cerita Thor je yang macam best kat wayang tuh. Buong kata jom la tengok. Den pun tengok la waktu tayangan di TGV AEON Bukit Raja, ada tayangan pukul 8.00 malam.

Ini adalah kali pertama kitaorang tengok wayang bersama budak-budak k. Masa F kecil dulu, pernah tengok wayang sekali dua je, tak ingat dah cerita apa. Budak-budak memang excited la sebab depa kan asal keluar dari pintu rumah je dah happy.

Cerita superhero memang cliché je la jalan ceritanya iaitu superhero menentang orang jahat yang nak menakluk bumi, nak musnahkan planet lain, etc. Yang membezakan cerita superhero tuh best ke tak adalah jalan ceritanya. Sampai sekarang den masih terkilan dengan cerita Superman vs Batman : Dawn of Justice. Haish….sayang betul tau cerita tuh.

Cerita Thor : The Ragnarok secara ringkasnya mengisahkan si Thor terpaksa bergabung tenaga dengan Hulk, Loki, Heimdall, seorang makwe cantik dari kaum Valkyrior, etc untuk menentang kakak dia si Hela (Odin first born) yang kuat gila (selamba je dia pecahkan tukul Thor) yang nak memerintah Asgard secara kejam.

Walaupun akhirnya Thor buta sebelah mata, Hela berjaya ditewaskan oleh Surtur yang pada masa telah memusnahkan Asgard. Thor terpaksa membawa rakyat Asgard yang berjaya diselamatkan ke bumi untuk memulakan tamadun yang baru camtuh la.

Cerita nih bagi den memang best sebab cerita dia fast pace dan sakan dok berlawan di sana sini.

Tak sangka cerita nih banyak scenes yang kelakar.

Watak yang paling menonjol bagi adalah Hela yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Cate Blanchet yang merupakan salah seorang pelakon versatile di Hollywood. Bagi la watak apa pun kat dia, memang akan menjadi je. Walaupun watak dia tak sebanyak mana tapi setiap kali dia muncul kat layar, dia akan steal the scene camtuh la.

Chris Hemworth nih alaupun badan dia sado, muka dia adalah jambu. Watak Thor nih tak la heavy mana. Dia dah kena mula berlakon cerita yang bukan superhero untuk diversify profile lakonannya untuk kekal lama di Hollywood.

Den of course adalah peminat Loki (Tom Hiddleston). Walaupun dia halus je kalau nak dibandingkan dengan Thor, Loki still ada aura tersendiri. Walaupun disayangi oleh Thor, tetap la juga nak mengkhianat Thor walaupun dia akhirnya menolong Thor menentang Hera. Tapi den rasa kalau ada sambungan cerita Thor atau Avengers lagi, dia akan tetap jadi villain sebab that is who he is.

Watak Mark Ruffalo semasa jadi Dr. Banner sekejap je. Banyak watak dia jadi Hulk.

Dalam movie  nih ada dua pelakon yang dikatakan sedang berusaha nak memenangi watak James Bond iaitu Tom Hiddleston dan Idris Elba. Buong kata Tom Hiddleston sesuai jadi James Bond sebab nampak dark and mysterious. Den rasa Idris Elba as the first black Bond should be awesome tapi buong kata dia tak cukup handsome. Ceh….

Untuk den, cerita nih menarik, penuh aksi dan tidak memerlukan kita berfikir. Antara cerita superhero yang terbaik yang pernah dihasilkan.

A nice watch untuk mengisi masa lapang.

Walaupun cerita nih towards the end tuh penuh dengan adegan lawan dan suasana hingar bingar, si A elok je tidur lena atas den. Dia tengok cerita separuh jalan je sambil sakan makan popcorn.

#Masa ada ditayangkan trailer Justice League, jelas kelihatan Jason Momoa sangat sado dan seksi.

0 Comments