As usual, hotel bajet menjadi pilihan kami sekeluarga.

Hotel Travelland nih terletak sepelaung dari Lost World of Tambun. Dalam 8 minutes driving je.
Hotel baru yang bersih. Dua tingkat dengan jumlah bilik 19.

Disebabkan kitaorang bawa budak-budak kot, so kitaorang dapat bilik bawah. So senang la tak payah panjat tangga.

RM 132/malam untuk family room. Ada 1 katil Queen + 1 katil single, cerek, bottle water, penyangkut baju dan tv.
Bilik air yang selesa dan bersih.
Dekat sebelah kaunter reception disediakan iron, iron board, peti sejuk dan water dispenser.
Yang menarik kat hotel nih adalah dia sediakan bekalan roti, jem, butter, kaya dan toaster 24 jam. So bila-bila kita rasa lapaq bley la mai kat sini untuk buat roti bakar.
Sebaris dengan hotel nih ada restoran seafood dan tomyam. So untuk dinner kitaorang berjalan kaki je dari hotel ke restoran nih. Tak sampai 3 minit pun jalan kaki. Food kat restoran tuh sedap dan harga berpatutan. Dekat hotel nih ada rumah kedai lain. Dalam 5 minit naik kete dah bley jumpa restoran untuk breakfast, etc.

Dekat luaq hotel disediakan beberapa kerusi meja untuk lepak hisap rokok ke makan roti bakar.

Parking di dalam kawasan hotel je. In sya Allah selamat.

Tauke dan pekerja hotel ramah tamah sangat.

Kat sini pun ada jual tiket untuk masuk Lost World of Tambun. Disebabkan kitaorang tak beli tiket online, makanye kitaorang beli tiket kat sini je masa nak check out tuh. Harga tiket yang dijual sama je kalo kita beli online iaitu murah lebih kurang RM 5 daripada tiket kalo kita beli di kaunter LWOT tuh.

Kat sini jugak ada disediakan ukuran samada budak-budak melebihi 90 cm atau tak. Walopun si A tuh baru 3 tahun tapi tinggi dah 100 cm. Dah kena beli tiket masuk kat dia sekali.
Review oleh mereka yang pernah menginap kat sini. Sweet je sebab old skool sangat tampal-tampal camnih
Den sangat puas hati dengan hotel nih. Bley menginap sini lagi kalo nak pergi LWOT.

5 bintang untuk hotel nih.

0 Comments