Ustaz

Masa melepak dengan buong kat umah Mak Long dia tengok forum agama kat tv1. Kalo melepak kat kampong je la pun tengok tv rancangan ilmiah camnih. Kalo tengok tv kat umah sendiri memang asyik tengok rancangan yang melagho je kejenya.
 
Buong : Nama sapa Ustaz nih? Muda belianya ustaz sekarang.

Den : Tak ingat Ustaz nih nama apa tapi Ustaz nih kawin dua.

Buong : Nama Ustaz tak ingat tapi dia kawin dua ingat.

Den : Sebab pernah terbaca kat web gossip hari tuh yang dia kawin dua. Bini kedua dia anak dara.

Buong : Kenapa ramai ustaz yang kita tertau kalo kawin lebih daripada sorang mesti kebanyakannya kawin dengan anak dara. Kenapa tak kawin dengan ibu tunggal yang ada anak-anak berenyut-renyut yang kesian-kesian tuh?

Den : Kan............Jodoh la kot gamaknya.

Ha….kalo info gossip atau lagho memang serahkan je la kan den sebab tuh my expertise tapi kalo ceite @ fakta ilmiah memang la semedang asyik memori ala-ala si Dory tuh. 

Orang tengok forum agama nak tambahkan ilmu. Yang den & buong plak dah jadi sesi bergosipan. Haish…….

No comments:

Powered by Blogger.